Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Seni bina»(Bahagian 1) Info Menarik Mengenai Rekabentuk Rumah Melayu Tradisional
    Seni bina

    (Bahagian 1) Info Menarik Mengenai Rekabentuk Rumah Melayu Tradisional

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJune 3, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Rumah Melayu tradisional sentiasa menjadi kebanggaan masyarakatnya kerana rekabentuknya yang indah dan memukau. Terasa rugi jika kita tidak mengetahui info-info menarik mengenai rumah Melayu tradisional ini. Ruang-ruang yang terdapat pada rumah tradisional ini ialah anjung, selasar, rumah ibu, bilik, serambi dalam, dapur, pelantar, jemuran dan ruang bawah rumah.

    VIEW IN GALLERY

    TINGKAP & KEKISI

    Terdapat pelbagai variasi tingkap rumah Melayu mengikut citarasa dan kepandaian tukang-tukang rumah dahulu. Tingkap-tingkap mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya.

    Kebanyakan jenis tingkap, bukaannya ke luar dan mempunyai kayu kekisi di bahagian bawah supaya peredaran udara keluar masuk, dan sebagai palang keselamatan bagi anak-anak kecil. Hasil kerja tangannya halus dengan ukiran-ukiran dari jenis tebuk timbul bermotifkan flora dan geometri yang pelbagai.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    BUMBUNG

    Jenis condong untuk kesesuaian cuaca hujan panas tropika. Bagi bahan penutup bumbung tradisi, yakni anyaman pelepah daun seperti nipah atau bumbung genting tanah liat memainkan peranan menyejukkan rumah.

    Terdapat 2 kategori utama iaitu: gaya ‘bumbung panjang’ (atap pelana) dan ‘bumbung lima’/‘limas’ (atap perisai). Kedua-dua jenis ini boleh melahirkan apa jua kombinasi bentuk bumbung. Ia juga mempunyai unjuran (emper/overhangs) untuk berteduh dari panas dan hujan lebat. Sepanjang tepian hujung bumbung pula dipasang cucur atap/papan cantik berukir.

    Sesetengah rumah mempunyai bilik di dalam rongga bumbung, seperti ‘attic’/loteng.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    ANJUNG

    Kebiasaannya digunakan oleh kaum lelaki untuk melakukan kerja, berehat, berbincang dan menyambut tetamu. Selain memperuntukkan halaman yang luas dan hiasan menarik, ia juga mempunyai ruang di salah satu bahagian sisi rumah sebagai tempat berkumpul/beraktiviti. Ruangan ini berfungsi sekiranya hendak melaksanakan sesuatu majlis.

    DAPUR

    Tempat kaum perempuan memasak dan khas untuk ahli keluarga berkumpul semasa makan.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Teruskan membaca perkongsian menarik ini dalam artikel seterusnya!

    Kredit: v12gether

    inspirasi senibina rumah rekabentuk rumah tradisional senibina rumah melayu lama
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleRahsia Habuk Tak Melekat Pada Kipas? Ikut Cara Mudah & Murah Di Bawah
    Next Article (Bahagian 2) Elemen-Elemen Yang Membentuk Senibina Landskap Melayu

    Related Posts

    10 Idea Kombo Warna Pintu Hadapan + Bidai Luar Rumah Yang Mungkin Anda Suka

    July 27, 2023

    11 Inspirasi Rekabentuk Exterior Rumah Dengan Bidai Yang Cantik & Timeless

    June 20, 2023

    Dekorasi Rumah Teres Ini Sangat Minimalis Konsepnya Bertemakan Palet Neutral

    April 12, 2023

    Kaedah Papan Shera Atau Shera Board, Pilihan Terbaik Untuk Kegunaan Luar Rumah

    April 9, 2023

    Pembinaan Wakaf Gazebo Dari Kayu Seraya Kitam, Lelaki Ini Berkongsi Kaedahnya

    April 4, 2023

    Dekorasi Rumah 2 Tingkat Gabungan Inspirasi Mediterranean & Konsep Japandi

    March 27, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.