Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Seni bina»(Bahagian 2) Elemen-Elemen Yang Membentuk Senibina Landskap Melayu
    Seni bina

    (Bahagian 2) Elemen-Elemen Yang Membentuk Senibina Landskap Melayu

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJune 4, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Elemen-elemen dalam senibina landskap Melayu adalah seperti berikut:

    VIEW IN GALLERY

    FLEKSIBEL

    Laman merupakan ruang pertama dalam penyusunan landskap. Kebiasaaannya mempunyai kawasan yang lapang untuk melakukan upacara dan aktiviti kemasyarakatan. Keadaannya berpasir dan bersih dari sampah serta rumput. Pokok bunga yang ditanam di dalam pasu disusun di sekitar halaman hadapan. Penanamannya adalah untuk pengalihan tanaman. Keadaan ini berbentuk mudah ubah dari segi perletakannya bagi membolehkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti di halaman.

    VIEW IN GALLERY

    FUNGSI

    Peranan tumbuh-tumbuhan dibahagikan kepada:

    1. Kegunaan langsung

    a) Sumber makanan utama

    b) Keperluan dan peralatan rumah

    c) Ubat

    d) Kosmetik

    e) Senjata dan bahan racun

    2. Kegunaan tidak langsung

    a) Khazanah sastera

    – Pantun, peribahasa, nyanyian, istilah, upacara adat, kekuatan mistik

    VIEW IN GALLERY

    WARNA

    Penggunaannya dalam hiasan laman adalah untuk menarik perhatian dan menaikkkan seri rumah seperti pokok Pudding, pokok siantan, pokok kemboja, kenanga, cempaka, melati dan lain-lain.

    SKALA

    Pokok-pokok akan diletakkan mengikut saiz dan ini mempengaruhi tataatur serta penyusunan pasu. Kebiasaannya pokok-pokok besar akan diletakkan di pinggiran laman supaya tidak menutupi ruang dan pokok-pokok yang lebih kecil.

    VIEW IN GALLERY

    SUSUN ATUR

    Dipengaruhi oleh fungsi-fungsi tanaman bagi keperluan kawasan dan manusia. Pokok-pokok yang berkaitan akan ditanam di persekitaran rumah supaya mudah digunakan. Kawasan persekitaran dibahagikan kepada laman hadapan, laman sisi dan laman belakang.

    Faktor iklim menyebabkan sebahagian besar rumah bertiang/berpanggung dengan lantainya tinggi daripada permukaan tanah yang dapat mengatasi kelembapan tanah. Fungsi pokok-pokok besar sebagai peneduhan dan penanda kawasan rumah.

    VIEW IN GALLERY

    ALAM

    Bahan binaan yang digunakan adalah seperti kayu, rotan, akar, buluh dan dedaun dari sumber hutan. Binaan seperti wakaf dan pagar banyak menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan boleh diganti.

    Bagi pembinaaan rumah, kayu menjadi tunjang utama kepada struktur bangunan, manakala rotan dan akar menjadi pengikat, kayu/batang pinang menjadi lantai, buluh dan daun rumbia/nipah menjadi dinding dan atap.

    VIEW IN GALLERY

    CUACA

    Kekerapan hujan mengakibatkan rekabentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelak banjir. Kepanasan cuaca menyumbang kepada rekabentuk yang lebih terbuka seperti kehadiran tingkap yang banyak, beranda dan tiang (laluan angin).

    HIASAN

    Penggunaan ukiran kayu.

    VIEW IN GALLERY

    Akan disambung dalam bahagian ke-3. Teruskan membaca!

    Kredit: V12gether

    elemen senibina landskap landskap rumah melayu tradisional senibina landskap melayu
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article(Bahagian 1) Info Menarik Mengenai Rekabentuk Rumah Melayu Tradisional
    Next Article (Bahagian 3) Pembahagian Laman Rumah Melayu Tradisional & Fungsinya

    Related Posts

    10 Idea Kombo Warna Pintu Hadapan + Bidai Luar Rumah Yang Mungkin Anda Suka

    July 27, 2023

    11 Inspirasi Rekabentuk Exterior Rumah Dengan Bidai Yang Cantik & Timeless

    June 20, 2023

    Dekorasi Rumah Teres Ini Sangat Minimalis Konsepnya Bertemakan Palet Neutral

    April 12, 2023

    Kaedah Papan Shera Atau Shera Board, Pilihan Terbaik Untuk Kegunaan Luar Rumah

    April 9, 2023

    Pembinaan Wakaf Gazebo Dari Kayu Seraya Kitam, Lelaki Ini Berkongsi Kaedahnya

    April 4, 2023

    Dekorasi Rumah 2 Tingkat Gabungan Inspirasi Mediterranean & Konsep Japandi

    March 27, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.