Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Kongsi Deco Rumah Anda
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Laman»(Bahagian 3) Pembahagian Laman Rumah Melayu Tradisional & Fungsinya
    Laman

    (Bahagian 3) Pembahagian Laman Rumah Melayu Tradisional & Fungsinya

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJune 4, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    rumah melayu tradisional 24
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Laman rumah Melayu tradisional dibahagikan kepada beberapa bahagian, dan terdapat fungsi dalam setiap bahagian tersebut. Jom baca!

    VIEW IN GALLERYrumah melayu tradisional 17

    HADAPAN

    Ruang yang luas dan bebas daripada laluan kenderaan (hanya membenarkan pejalan kaki). Sering dijadikan ruang untuk meraikan tetamu ketika upacara kenduri-kendara.

    • Landskap Lembut

    Sebagai penyejuk laman. Ia elemen yang bersifat semulajadi, terdiri daripada kepelbagaian spesis tanaman daripada pelbagai kategori/jenis.

    Kawasan rehat seperti bangku, pangkin, buaian dan khemah direkabentuk, selain untuk menjalankan aktiviti berkumpulan dan sebagainya.

    • Landskap Kejur

    Hasil rekaan buatan manusia yang diambil dari persekitaran.

    Terdiri daripada wakaf/gazebo yang direkabentuk untuk memberi teduhan, solat dan beristirehat. Banyak mengetengahkan ukiran kayu bermotifkan flora. Pergola pula direkabentuk sebagai laluan, di samping memberi sokongan kepada tumbuh-tumbuhan menjalar. Kebiasaannya diperbuat daripada tiang konkrit ‘column’ dan kayu.

    Bollard merupakan tiang kecil yang direkabentuk bagi menghalang kenderaan melalui kawasan tersebut. Diperbuat daripada konkrit/kayu permukaan keras seperti jubin dan sebagainya.

    VIEW IN GALLERYrumah melayu tradisional 18

    VIEW IN GALLERYrumah melayu tradisional 21

    SISI

    Laluan yang menghubungkan halaman hadapan dan belakang. Kebiasaannya menjadi ruang peribadi keluarga.

    Bergantung kepada saiz keseluruhan tanah, ia boleh menjadi kawasan permainan kanak-kanak.

    BELAKANG

    Ruang untuk aktiviti basahan seperti mandi, membasuh dan memasak. Kadangkala menjadi ruang berkumpul bagi kaum wanita.

    Terdapat tanaman yang ditanam untuk tujuan memasak/sumber makanan seperti sayuran, buah-buahan dan ulam-ulaman. Lazimnya ditanam berhampiran pintu dapur.

    VIEW IN GALLERYrumah melayu tradisional 19

    VIEW IN GALLERYrumah melayu tradisional 22

    PANGKIN

    Kebiasaannya digunakan untuk berehat dan melakukan aktiviti harian bagi surirumah seperti menganyam.

    TEMPAYAN

    Penakung air untuk minum dan memasak. Guri pula digunakan di kawasan hadapan dan bahagian tangga yang menaiki rumah untuk mencuci kaki sebelum masuk.

    BANGSAL

    Sebagai stor simpanan barang dan membaiki peralatan rumah.

    VIEW IN GALLERYrumah melayu tradisional 20

    VIEW IN GALLERYrumah melayu tradisional 23

    Semoga menjadi bahan bacaan yang bermanfaat untuk anda.

    Kredit: V12gether

    fungsi laman rumah tradisional laman rumah tradisional senibina laman rumah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article(Bahagian 2) Elemen-Elemen Yang Membentuk Senibina Landskap Melayu
    Next Article Perubahan Dekorasi Ruang Dapur Kepada Tema White And Woods

    Related Posts

    10 Idea Kombo Warna Pintu Hadapan + Bidai Luar Rumah Yang Mungkin Anda Suka

    July 27, 2023

    11 Inspirasi Rekabentuk Exterior Rumah Dengan Bidai Yang Cantik & Timeless

    June 20, 2023

    Dekorasi Rumah Teres Ini Sangat Minimalis Konsepnya Bertemakan Palet Neutral

    April 12, 2023

    Kaedah Papan Shera Atau Shera Board, Pilihan Terbaik Untuk Kegunaan Luar Rumah

    April 9, 2023

    Pembinaan Wakaf Gazebo Dari Kayu Seraya Kitam, Lelaki Ini Berkongsi Kaedahnya

    April 4, 2023

    Dekorasi Rumah 2 Tingkat Gabungan Inspirasi Mediterranean & Konsep Japandi

    March 27, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.