Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Bina Ruang Untuk Tetamu Dalam Rumah Demi Privasi Tuan Rumah
    Idea Dekorasi

    Bina Ruang Untuk Tetamu Dalam Rumah Demi Privasi Tuan Rumah

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDAugust 4, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.
    Kebiasaannya, kita akan dimaklumkan terlebih dahulu sekiranya terdapat tetamu yang ingin datang menziarah. Jadi, dapatlah tuan rumah melakukan beberapa persediaan untuk menyambut mereka. Tetapi, bagaimana pula dengan tuan rumah yang menerima kunjungan tetamu secara mengejut? Pasti keadaan akan menjadi sedikit kelam-kabut dan tuan rumah pula akan sibuk melakukan beberapa kerja. Tambahan pula kalau ada tetamu yang meminta izin untuk ke tandas sebaik sahaja tiba di rumah. Perkara ini pasti akan menyebabkan tuan rumah yang tidak tahu akan kehadiran tetamu tersebut berasa kurang senang.
    Menurut Khairunnisa Hamzah, adalah lebih baik untuk tuan rumah membina satu ruang khas untuk tetamu yang akan membolehkan mereka bergerak dalam kawasan itu sahaja tanpa perlu melalui ruang privasi tuan rumah di dalam rumah. Persoalannya, mengapa perlunya ruang ini?
    VIEW IN GALLERY
    Kita sememangnya diwajibkan untuk melayan tetamu dengan baik, wajib juga untuk tuan rumah menjaga aurat mereka sekiranya ada tetamu yang bukan mahram. Jadi, untuk mengelakkan berlaku situasi yang tidak dijangka, sediakan ruang tetamu yang mempunyai tempat duduk, tandas, ruang solat dan ruang berehat (atau bilik tidur kecil) supaya tetamu tidak perlu lagi melalui tempat-tempat yang dikhuatiri akan mendedahkan aurat dan aib tuan rumah sekeluarga.
    VIEW IN GALLERY
    Tambah Puan Nisa, senibina pada rumah-rumah lama dahulu sudah mengambilkira faktor ini dengan membahagikan ruang rumah kepada 3 bahagian: publik, semi-publik dan privasi.
    Apabila tetamu yang tidak rapat datang berkunjung, mereka hanya dilayan di ruang serambi (ruang publik). Sekiranya tetamu yang rapat seperti kenalan atau saudara, mereka akan dibawa ke ruang semi-publik iaitu ruang tamu, ruang rehat dan ruang makan, manakala bilik-bilik tidur, ruang keluarga dan dapur merupakan ruang privasi yang hanya digunakan oleh tuan rumah sahaja.
    VIEW IN GALLERY
    Cara ini boleh digunapakai oleh tuan rumah untuk menjaga privasi:
    1. Buat penghadang atau partition seperti tembok yang menghalang pandangan tetamu ke ruang privasi tuan rumah
    2. Tambah ‘powder room’ (tandas) dan tempat wuduk
    3. Sediakan bilik tidur dan bilik solat
    VIEW IN GALLERY
    VIEW IN GALLERY
    VIEW IN GALLERY
    Kredit: Khairunnisa Hamzah
    idea bina ruang tetamu idea deko rumah tips untuk tuan rumah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article‘Makeover’ Ruang Tamu Rumah Kayu Kepada Ala Banglo
    Next Article Disangka Resort, Rumah Kampung Tepi Sawah Ini Memukau Mata

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.