Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Rumah Idaman»Bumbung Bocor, Elakkan Guna Slab Konkrit. Baca Penjelasan Dari Pakar Ini
    Rumah Idaman

    Bumbung Bocor, Elakkan Guna Slab Konkrit. Baca Penjelasan Dari Pakar Ini

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDMarch 28, 2021Updated:April 8, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Apabila menghadapi masalah bumbung bocor, ramai yang membuat slab konkrit menggantikan bumbung asal (atap genting pasir, asbestos dan zink). Elakkan. Menurut pakar, penyelenggaraannya lebih susah berbanding atap jenis lain.

    Masalah air bocor melalui rekahan dan serapan pada konkrit sememangnya susah diselenggara dan diperbaiki. Jika diletakkan lapisan baru kalis air, sekadar bertahan 1 – 2 tahun.

    Jika dibuat tebal dan bancuhan konkrit mengikut spesifikasi, ia tetap bermasalah pada sambungan konkrit – konkrit atau konkrit – bata/dinding. Tidak sesuai dengan iklim khatulistiwa Malaysia yang panas dan lembab sepanjang tahun. Aliran cecair yang menerobos melalui rekahan atau menyerap melalui konkrit yang berasaskan pasir.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Paling elok, atap dari genting seramik/tanah liat yang tindihannya bertangkup antara satu sama lain. Ianya paling kurang kos penyelenggaraan. Jika betul darjah curamnya, bumbung bocor tidak berlaku. Kebanyakan pembuatan seramik/tanah liat melalui proses pembakaran yang menjadikannya lebih baik.

    Apabila membaiki kebocoran atap genting pasir, terdapat 2 pilihan:

    1. Letakkan kepingan aluminium di bawah atap genting untuk menghalang air menembusinya

    2. Tukarkan kepada atap jenis lain

    Bertahan 10 – 15 tahun.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Untuk kerangka bumbung, gunakan besi C section dan C truss yang digalvani untuk ketahanan lebih lama. Bagi zink, beli yang terdapat lapisan atas dan bawah. Di antara 2 kepingan zink, terdapat lapisan foam (bertindak sebagai penebat haba dan bunyi) untuk mengelakkan bumbung bocor.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Lagi satu untuk bumbung bocor, penggunaan atap jenis fibre hybrid daripada Thailand. Ia sedikit lebih liat dari asbestos biasa kita. Ia sudah siap lapisan pelindungnya, lebih tebal, kecil dan tahan lebih lama untuk diselenggara.

    Akhir sekali, tips untuk membina rumah, lihat jenis bumbung:

    1. Cari rumah yang paling sedikit saluran airnya, sama ada saluran air konkrit atau zink dan PVC

    2. Bumbungnya bukan dari slab/papak konkrit

    3. Kerangkanya bukan dari kayu

    4. Bukan atap jenis zink selapis

    5. Bukan genting jenis pasir

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Semoga bermanfaat!

    Kredit: Zuryat Abadi

    bumbung bocor idea penggunaan atap panduan pilih jenis bumbung
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDeko Rumah 2 Tingkat Corner Lot. Dari Suasana Suram Terus Berubah Seri
    Next Article 15 Idea & Contoh Langsir Terkini Gaya Inggeris Sebagai Pelengkap Deko

    Related Posts

    10 Idea Kombo Warna Pintu Hadapan + Bidai Luar Rumah Yang Mungkin Anda Suka

    July 27, 2023

    11 Inspirasi Rekabentuk Exterior Rumah Dengan Bidai Yang Cantik & Timeless

    June 20, 2023

    Dekorasi Rumah Teres Ini Sangat Minimalis Konsepnya Bertemakan Palet Neutral

    April 12, 2023

    Kaedah Papan Shera Atau Shera Board, Pilihan Terbaik Untuk Kegunaan Luar Rumah

    April 9, 2023

    Pembinaan Wakaf Gazebo Dari Kayu Seraya Kitam, Lelaki Ini Berkongsi Kaedahnya

    April 4, 2023

    Dekorasi Rumah 2 Tingkat Gabungan Inspirasi Mediterranean & Konsep Japandi

    March 27, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.