Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Cara Paling Mudah, Jimat Dan Tak Kotor Dalam DIY Pebble Wash Stepping Stone
    DIY

    Cara Paling Mudah, Jimat Dan Tak Kotor Dalam DIY Pebble Wash Stepping Stone

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDOctober 21, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Terdapat tutorial khas untuk anda yang hendak membuat sendiri atau DIY pebble wash stepping stone/paving pebble wash stone. Cara dan kaedah ini adalah paling mudah, menjimatkan masa dan duit, tanpa mengotorkan jari-jemari dan tanpa menggunakan asid untuk mencuci.

    Langkah-Langkah DIY Pebble Wash Stepping Stone

    VIEW IN GALLERY

    Sediakan bekas, (bekas biru ini dari Mr. DIY), gam dari kedai buku dan berus cat berukuran lebar 1 inci.

    VIEW IN GALLERY

    Sapukan keseluruhan gam di lantai bekas dan taburkan batu. Ayak perlahan-lahan untuk merapatkan batu antara satu sama lain.

    VIEW IN GALLERY

    Masukkan lebihan batu yang tidak melekat ke dalam bekas lain. Jemur sehingga gam kering dan batu melekat pada gam dan juga lantai bekas biru.

    VIEW IN GALLERY

    Untuk kerja-kerja simen:

    Sediakan baldi, masukkan simen dan pasir kasar (jika hendak menambah batu kelikir, dibolehkan) dan kacau adunan sehingga sebati dan likat.

    Proses ini perlu lebihkan simen supaya batu pebble wash akan lebih melekat/tahan pada simen apabila selesai nanti.

    VIEW IN GALLERY

    Tuangkan simen ke dalam bekas dan masukkan jaring.

    VIEW IN GALLERY

    Ayak sedikit untuk meratakan simen.

    Untuk mengukur ketebalan, ambil lidi dan cucuk ke dalam bekas. Standard ketebalannya adalah 2 inci atau lebih.

    VIEW IN GALLERY

    Selepas 24 jam, terbalikkan bekas dan hentakkan sedikit. Simen akan tertanggal secara sendirinya kerana gam tidak terlalu melekat kuat pada bekas.

    VIEW IN GALLERY

    Tuangkan air panas di atas permukaan batu pebble wash. Tujuannya untuk mengembangkan kembali gam.

    VIEW IN GALLERY

    Menggunakan berus dawai, berus di permukaan batu untuk membuang gam yang terlekat. Kemudian, cucikan dengan sabun.

    VIEW IN GALLERY

    Tunggu sehingga kering. Kemudian, sapukan syelek batu untuk menaikkan warna batu. Siap!

    Moga memberi manfaat kepada anda. Selamat mencuba!

    Kredit: Asrul Achoi

    diy pebble wash stepping stone idea diy panduan mudah & jimat
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleHasil DIY Wainscoting Guna Kayu Bunga Dengan Kos Dalam RM 800
    Next Article Guna Kayu Tempatan Malaysian Timber, Ini Hasil Projek DIY ‘Entryway Bench’

    Related Posts

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    DIY Deko Bilik Kanak-Kanak Lelaki Konsep Industrial Dengan Accent Kayu & Logam

    July 26, 2023

    Hasilkan DIY Mobile Bayi Dahan Untuk Tambah Sentuhan Kreatif Dalam Nurseri

    July 24, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.