Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Kongsi Deco Rumah Anda
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Dapur»Idea DIY Rak Tempat Gantung Dan Simpan Perkakas Dapur Tanpa Keluar Modal
    Dapur

    Idea DIY Rak Tempat Gantung Dan Simpan Perkakas Dapur Tanpa Keluar Modal

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJanuary 21, 2022No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    hasil diy rak penyangkut
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Sekiranya sebelum ini perkakas dapur hanya digantung di grill tingkap, buatkan rak seperti Norrul Izani ini. Barulah sedap mata memandang dan tidak kelihatan ‘semak’. Tanpa mengeluarkan modal, DIY tempat menggantung kuali, periuk, senduk, sudip, botol susu dan tempat meletak botol-botol sos masakan ini hanya menggunakan apa yang ada. Menurutnya, dia sememangnya suka menyimpan barangan yang difikirkannya berguna kerana mengetahui akan timbul idea untuk menghasilkan sesuatu kelak.

    VIEW IN GALLERYskru cangkuk

    Bahan-bahan:

    – Jaring BRC

    – Bilah buluh

    – Playar

    – Tali kabel

    – Cat kayu putih

    – Drill

    – Skru cangkuk dari kedai Eco

    – Gergaji

    – Penyangkut S

    Cara DIY Rak Gantung dan Simpan Perkakas Dapur

    VIEW IN GALLERYdiy rak penyangkut step 1

    Lipatkan BRC mengikut saiz yang disukai. Untuk bahagian tajam, gunakan playar biar kemas. Jangan memotong.

    VIEW IN GALLERYdiy rak penyangkut step 1 1

    VIEW IN GALLERYdiy rak penyangkut step 2

    Gunakan buluh sebagai tulang untuk menguatkan struktur binaan. Ikat dan kemaskan dengan tali kabel sahaja.

    VIEW IN GALLERYdiy rak penyangkut step 2 1

    Contoh cara membuat bingkai. Kemudian, potongkan lebihan buluh mengikut saiz yang dikehendaki.

    VIEW IN GALLERYdiy rak penyangkut step 3

    Selepas cat, jemurkan sehingga kering. Selepas itu, boleh drill-kan mana-mana bahagian yang diinginkan. Ukur ketinggian mengikut kesesuaian yang menggunakannya.

    VIEW IN GALLERYhasil diy rak penyangkut

    Gantungkan di atas sinki. Terus sangkutkan selepas mencuci, jadi tidak perlu risau dengan air yang menitik. Ia juga menjimatkan ruang, pengudaraan yang bagus, bersih dan cepat kering.

    VIEW IN GALLERYhasil diy rak penyangkut 1

    Ikut kesesuaian tempat. Yang penting, mudah hendak dicapai semasa memasak.

    Selamat mencuba!

    Kredit: Norrul Izani

    diy rak gantung idea diy idea rak gantung alatan dapur
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleIbu Ini Kongsi DIY Lampu Aiskrim Dalam Bilik Tidur Anak Guna Kotak IKEA
    Next Article 16 Tahun Guna Cara Ini, Wanita Ini Kongsikannya Agar Mudah Urusan Di Dapur

    Related Posts

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    6 Inspirasi Kabinet Warna Mushroom Yang Cantik Untuk Dapur Timeless & Neutral

    July 28, 2023

    DIY Deko Bilik Kanak-Kanak Lelaki Konsep Industrial Dengan Accent Kayu & Logam

    July 26, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.