• Idea Dekorasi
    • Bilik Tidur
    • Dapur
    • Ruang Makan
    • Ruang Tamu
  • Travel
  • Rumah Idaman
    • Ubahsuai
    • Bilik air
  • DIY
    • Idea Kreatif
    • Ikea Hack
HIAS.MY
  • Idea Dekorasi
    • Bilik Tidur
    • Dapur
    • Ruang Makan
    • Ruang Tamu
  • Travel
  • Rumah Idaman
    • Ubahsuai
    • Bilik air
  • DIY
    • Idea Kreatif
    • Ikea Hack
  • Facebook

  • RSS

DIY

Feature Wall Ala-Ala Wainscoting Guna Bajet RM 50?

Feature Wall Ala-Ala Wainscoting Guna Bajet RM 50?
Nurul Husna MD
August 17, 2020
Mohon share tanda suka
Percaya atau tidak, ini lah yang telah dilakukan oleh saudara Shafeq Bada yang menghasilkan sebuah feature wall bercorak wainscoting pada dinding ruang tamu rumahnya dengan hanya menggunakan bajet sebanyak RM 50 sahaja! Asalnya dia mahu menghias dinding yang kosong itu dengan frame namun, memikirkan kos yang agak mahal, dia beralih kepada hiasan wainscoting tetapi dengan bajet yang sangat rendah. Bagaimana? Shafeq membeli 1 set roller kit (berus, roller dan masking tape) berharga RM 20 dari Mr. DIY dan cat jenama Nippon berharga RM 29.90 (1 liter).
Hasil yang dapat kita lihat di bawah ini hanya mengambil masa tidak sampai setengah hari. Sesuai untuk mereka yang baru berpindah ke rumah baru dan tidak banyak perabot dan deko di dalamnya, dan mahukan deko yang ala kadar tanpa perlu memerah otak untuk memilih wallpaper yang sesuai. Dia juga berkongsi langkah-langkah mudah untuk menghasilkan feature wall ini untuk mereka yang berminat dan ingin jimat.
VIEW IN GALLERY
VIEW IN GALLERY
Alatan-alatan yang diperlukan.
1. Gunakan masking tape untuk membuat bentuk kotak atau frame.
2. Mulakan dari bahagian dinding kiri dan kanan dahulu, kemudian di bahagian tengah supaya corak kelihatan seimbang.
3. Pastikan jarak untuk setiap bucu kotak atau frame adalah dalam 1 kaki.
3. Apabila frame sudah siap ditandakan menggunakan tape, boleh mulakan cat seperti biasa.
4. Apabila sudah selesai mengecat, biarkan sampai cat kering.
5. Sesudah kering, buka masking tape dan touch up mana-mana bahagian, terutamanya pada bucu frame dengan berus kecil. Siap!
VIEW IN GALLERY
VIEW IN GALLERY
VIEW IN GALLERY
Kabinet TV berharga RM 199 dari Lazada. Boleh cari ‘MF Design’ untuk melihat pelbagai jenis kabinet yang murah berbanding di kedai perabot.
Kredit: Shafeq Bada
Related Itemsidea deko ruang tamuidea feature walltips bajet murah
DIY
August 17, 2020
Nurul Husna MD
Related Itemsidea deko ruang tamuidea feature walltips bajet murah

More in DIY

Tips Pemilihan ‘Batu-Bata Dekoratif’ Facing Atau Stone Veneer Jika Cara DIY

Nurul Husna MDJune 24, 2022
Read More

2 Rak Buku Dengan Storan Tersembunyi Hasil Kerja Pertukangan Seorang Wanita

Nurul Husna MDJune 22, 2022
Read More

Tips Penjagaan Stone Veneer Atau Batu-Bata Dekoratif Menggunakan Topcoat

Nurul Husna MDJune 21, 2022
Read More

Kulit Terkena Gam Gajah (Super Glue)? Cuba Tips & Cara Mudah Tanggalkannya Ini

Nurul Husna MDJune 21, 2022
Read More
Scroll for more
Tap
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Ubahsuai Dekorasi Bilik Tidur Tema Putih Yang Simple Dengan Sentuhan Kuning
    Bilik TidurMay 29, 2022
  • Pertama Kali Buat, Lelaki Ini DIY Wainscoting & Shiplap Untuk Rumah Pertama
    DIYMay 31, 2022
  • Dari Bilik Tidur Bujang Merah Jambu, Wanita Ini Kini Kongsi Bilik Bersama Anak
    Bilik TidurJune 1, 2022
  • Masing-Masing Ada Citarasa Berbeza, Wanita Ini Pilih Gaya Inggeris Untuk Rumah
    Idea DekorasiMay 29, 2022
  • Tips Pemilihan ‘Batu-Bata Dekoratif’ Facing Atau Stone Veneer Jika Cara DIY
    DIYJune 24, 2022
  • Asalnya Bilik Stor, Wanita Ini Ubah Jadikan Bilik Baking. Lebih Tersusun & Kemas
    Idea DekorasiJune 23, 2022
  • Transformasi Bilik Tidur Utama Bertemakan Gabungan Warna Hijau & Dusty Blush
    Bilik TidurJune 23, 2022
  • Dekorasi Dapur & Ruang Makan Scandi Putih Serta Bilik Anak Mint Merah Jambu
    Bilik TidurJune 22, 2022
  • izzat luqman says:

    Total price how much?

  • zubirhamidon says:

    mohon sediakan pelan untuk ruang dapur saya.ruang 10 x 20.

  • Fazuin bin joseph says:

    Macam mana saya boleh dapat rumah ini

  • mohd shahril hazlim hamidon says:

    kalau mcm ni berapa kosnya tuan?




HIAS.MY

Hias.my merupakan laman majalah versi website yang membawakan idea tentang senibina, perabot dan hiasan dalaman. Di hias.my, kami mencari dan mengumpul serta membawakan idea-idea yang berguna untuk menghias kediaman anda.

Pages

  • Hantar Artikel
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Privacy Policy
  • Tentang Kami

Copyright © 2020 Hias.my

Tukar Tema Farmhouse, Wanita Ini DIY Sendiri Deko Ruang Tamu
Idea Deko Paling Simple Dan Bajet Untuk Rumah Berek