Idea Ubahsuai Dinding Ruang Makan Kepada Accent Wall

Selain daripada mendekorasi ruang dalam rumah, dinding juga merupakan satu binaan yang penting untuk dihiasi. Warna dan design pada dinding menentukan ‘mood’ keseluruhan dalaman rumah jadi, aspek itu juga perlu diambil perhatian oleh tuan rumah. Selain design wainscoting yang menjadi trend sehingga kini, satu lagi design yang menarik yang boleh diaplikasikan pada dinding rumah kita adalah accent wall. Sama seperti wainscoting yang menggunakan bahan asas kayu, tetapi accent wall mempunyai corak tersendiri yang ditentukan mengikut citarasa tuan rumah.

Nurlailah Khadijah antara mereka yang memilih hiasan accent wall untuk dinding rumah. Menerusi laman Facebook, dia berkongsi idea penggunaan accent wall yang bercorak herringbone pada dinding ruang makannya yang diubahsuai daripada dinding biasa. Hasilnya menambahkan lagi seri ruang makan, dan sesuai untuk mereka yang mahukan suasana romantik bersama keluarga.

VIEW IN GALLERY

Dinding ruang makan sebelum berwarna biru turqoise. Cermin dari Romantika berharga RM 39 (beli sewaktu promosi).

VIEW IN GALLERY

Pasangkan frame kayu.

VIEW IN GALLERY

Potong kayu 45 darjah untuk dijadikan tetulang kemudian pasangkan pada dinding.

VIEW IN GALLERY

Letak filling untuk menutup gap antara kayu dan dinding.

VIEW IN GALLERY

Cat dinding sebagai lapisan.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Kemudian, cat dengan cat warna pilihan kita. Tuan rumah menggunakan cat jenama Jotun kod 20054 warna ‘Silky Pink’.

VIEW IN GALLERY

Sesudah cat, touch up lagi dinding supaya nampak kemas.

Hasilnya akan menjadi seperti gambar di bawah:

VIEW IN GALLERY

Disebabkan struktur corak yang timbul seperti ini, tak perlu gantungkan frame untuk elakkan dinding kelihatan sarat. Antara barang lain:

  • Bakul dan bunga dari Kaison
  • Set meja makan berharga RM 1800 dari kedai perabot Bandar Baru Bangi

VIEW IN GALLERY

Alas pinggan dari IG shop dan candle holder dari SSF.

Kredit: Nurlailah Khadijah

Related Posts

DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

Mahu mencipta rupa fluted pada perabot lama? Sebuah nightstand lama sedia ada beberapa tahun lalu ini diubahsuai semula, memberikan rupa diinginkan untuk bilik pelangi. Mahu berjimat seboleh…

DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

Projek DIY boleh menjadi sangat terapeutik terutamanya apabila ia sesuatu yang istimewa, seperti ubahsuai dresser kayu ceri untuk sebuah nurseri ini dengan sentuhan peribadi. VIEW IN GALLERY…

Ubahsuai Dapur Kecil Melalui Reka Bentuk Layout Yang Betul. Kini Cerah & Moden!

Untuk mendapatkan layout yang betul, ruang perlu diubahsuai dengan mereka bentuk dan merenovasinya, seperti sebuah dapur kecil ini. Mahukannya berasa ‘ringan’, cerah dan moden, ia kini bersaiz…

Pembinaan Bilik Dalam Ruang Bawah Tanah Sebagai Suite Tetamu. Selesa & Relaks!

Membina bilik dalam ruang bawah tanah sempurna untuk semua pengguna mempunyai privasi, seperti sebuah projek ini. Dari segi dekorasi, apa yang ada di rumah digunakan untuk mewujudkan…

Pembinaan Bilik Air Baru Melalui Renovasi Bilik Ruang Bawah Tanah Yang Mesra Bajet

Penambahan sesuatu ruang boleh menambah nilai rumah dan bagus untuk semua tetamu, seperti pembinaan sebuah bilik air baru penuh menggunakan sebahagian bilik storan besar di ruang bawah…

Ubahsuai Bilik Berkonsepkan Moden Yang Mampu Milik Untuk Kanak-Kanak Lelaki

Kanak-kanak pasti sangat gembira dengan bilik yang menyerlahkan personaliti menyeronokkan dan ingin tahu mereka, seperti sebuah bilik kanak-kanak lelaki yang diubahsuai berkonsepkan moden mampu milik ini. Sebelum…