Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Perabot»8 Kedai Perabot Terbaik di Kuala Lumpur : Shopping Jenama Terbaik
    Perabot

    8 Kedai Perabot Terbaik di Kuala Lumpur : Shopping Jenama Terbaik

    RishdanBy RishdanDecember 26, 2016Updated:March 27, 2017No Comments5 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Samada anda ingin menghias ruang tamu, bilik tidur atau dapur, senarai 10 kedai perabot terbaik di KL ini boleh sempurnakan idea dekorasi anda. Tidak perlu habiskan masa dan minyak kerana kami telah sediakan senarai ini untuk membantu anda membuat pilihan.

    Senarai 8 Kedai Perabot Pilihan Di KL

    01. NestNordic

    VIEW IN GALLERYPerabot ruang tamu dari NestNordicSumber : flickr

    Konsep Scandinavia semakin popular di negara kita. Ia menjadi trend hiasan dalaman tahun ini. Dengan membawakan konsep Scandinavia, perabot yang ditawarkan oleh NestNordic dibahagikan kepada 3 kategori – Mature, Young & Neutral dengan mensasarkan kumpulan pengguna yang berbeza. Untuk siri Mature, material seperti kulit digunakan dengan warna tema gelap. Manakala, siri Young membawakan warna ceria, dengan reka bentuk yang lebih berani disamping disuntik dengan elemen suai dan padan. Siri Neutral pula membawakan warna neutral dan terang baik pada perabot.

    NestNordic.com @ Kuala Lumpur, Malaysia
    No. G2 – G3A, Oval Tower Damansara,
    Jalan Damansara,
    60000 Kuala Lumpur, Malaysia
    T: +603-7733 7605

    02. BoConcept

    VIEW IN GALLERYPerabot ruang tamu dari BoconceptSumber : pinimg

    Pelbagai jenis perabot boleh didapati di BO Concept –  Set sofa, armchair, meja kopi, meja konsol, almari pakaian, storage, rak serta banyak lagi yang anda perlu cuba. BO concept membawakan tradisi reka bentuk Denmark yang menawarkan gaya sederhana dan praktikal. BoConcept merupakan syarikat yang aktif bukan saja di Malaysia malah di seluruh dunia dengan menempatkan 295 pusat jualan di 58 buah negara di seluruh dunia. Selain dari perabot siap, Bo Concept juga menerima tempahan reka bentuk perabot mengikut kehendak pelanggan.

    BoConcept BSC
    Bangsar Shopping Centre
    T112-115, 3rd floor 285 Jalan Maarof,
    Bukit Bandar Raya
    59000 Kuala Lumpur.
    T: +603 2011 0178

    03. SSF

    VIEW IN GALLERYPerabot ruang tamu dari Kedai perabot SSFSumber: beezmall

    SSF merupakan pusat membeli belah perabot yang terkenal dengan rekaan inovatif yang menawarkan pelbagai konsep seperti French country homes, Victoria, Oriental, Fusion, Modern, hingga English style untuk memenuhi permintaan. Kedai perabot SSF merupakan stor rangkaian keperluan rumah dengan 25 bilik pameran serta shop area seluas lebih kurang 500,000 kaki persegi. Tidak hairanlah mereka menyediakan lebih 30,000 produk sebagai pilihan anda.

    Showroom
    2601, Off Jalan Welfare,
    Kg. Baru Sg. Buloh,
    47000 Selangor, Malaysia.
    T: +603 – 6140 2020

    04. Novel

    VIEW IN GALLERYSumber : amazonaws

    Memiliki kilang sendiri yang terletak di Kampung Baru Sungai Buloh Selangor, jenama perabot Novel sememangnya tidak asing lagi di Malaysia dan juga China. Showroom untuk perabot Jenama Novel ada di 3 lokasi iaitu di Setia Alam dan Sri Damansara dan satu lagi di Beijing China. Perabot Novel terkenal dengan penggunaan bahan yang berkualiti tinggi, serta kemahiran pertukangan yang memberikan nilai terhadap jenamanya. Dengan menggabungkan elemen timur dan barat dalam menghasilkan perabot berkonsep moden, klasik, neoclasic tropical dan kontemporari, Perabot Novel sememangnya jenama terbaik untuk anda cuba.

    Showroom
    39, Jalan Persiaran Industri,
    Bandar Sri Damansara,
    Kuala Lumpur, 52200, Malaysia.
    T: +60 3-6277 9024

    05. Rozel

    VIEW IN GALLERYPerabot ruang tamu dari kedai perabot RozelSumber : cari

    Perabot Rozel sememangnya terkenal dengan rekaan kelas pertama dan mewah untuk pelanggan yang mahukan perabot yang bergaya. Kalau sebelumnya Rozel hanya menawarkan produk yang terhad pada sofa, tetapi kini mereka telah mengembangkan portfolio produknya dari sofa, perabot untuk ruang tamu, ruang makan hingga bilik tidur. Sehingga kini, Rozel telah memiliki 17 buah galeri showroom di seluruh Malaysia. Di Kuala Lumpur, ana boleh lawati kedai perabot mereka di alamat seperti yang tertera di bawah;

    Rozel Showroom
    No.1, Lorong Batu Nilam 1A,
    Bandar Bukit Tinggi,
    43000 Klang, Selangor.
    T: +60 3-3323 4972

    06. Cellini

    VIEW IN GALLERYKedai perabot ruang tamu dengan jenama celliniSumber : cellini

    Cellini merupakan jenama perabot yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta Singapura. Terkenal dengan konsep moden & kontemporari, perabot yang ditawarkan termasuklah sofa, meja kopi, konsol televisyen, katil serta perabot ruang makan. Apa yang menjadikan Cellini jenama perabot yang terkenal di Malaysia adalah keunikan dan kehalusan buatannya dengan kemahiran pertukangan yang tinggi. Anda boleh datang sendiri ke showroom mereka;

    Mid Valley Megamall
    Units S077-S079 2nd Floor
    Mid Valley City
    58000 Kuala Lumpur
    T: +603 2283 6505

    07. Harvey Norman

    VIEW IN GALLERYPerabot bilik tidur dari Harvey NormanSumber : pinimg

    Harvey Norman merupakan sebuah jenama Australia yang telah mendapat tempat setanding dengan jenama perabot lain di Malaysia. Tidak terhad hanya kepada perabot rumah, Harvey Norman  juga menawarkan produk lain yang berkisar kepada barangan keperluan rumah. Mungkin Harvey Norman bakal menjadi jenama yang menghiasi ruang tamu, bilik tidur atau ruang makan anda – datang segera ke showroom mereka di :

    IPC Shopping Centre
    Unit F3, 1st Floor
    No. 1 Jalan PJU 7/2,
    Mutiara Damansara,
    47800 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
    T: +60 3-7718 5200

    08. Lorenzo

    VIEW IN GALLERYPerabot ruang tamu dari LorenzoSumber : Missyaliaa

    Lorenzo merupakan jenama perabot yang tidak asing lagi di Malaysia. Dengan menampilkan dua koleksi utama iaitu Dante- the classic leather collection, dan Enzo-the wood-based collection, Lorenzo bukan saja gah di Malaysia malah menempa nama di Asia Tenggara. Sedikit perkongsian tentang kualiti dalam setiap produk dari Lorenzo – setiap sofa Lorenzo dihasilkan daripada high resilient foam (HR foam) yang telah dipatenkan dan dipilih khas kerana memiliki sifat seperti tegangan dan mampat. Manakala perabot kayu Lorenzo pula dihasilkan dengan menggunakan kayu yang berkualiti tinggi serta tahan lama. Ia dihasilkan dengan menggunakan papan gentian ketumpatan sederhana (MDF) serta kemasan kayu venir dan PU lacquer. Demi memastikan kualiti yang ditawarkan adalah terbaik, setiap perabot Lorenzo dihasilkan di kilang sendiri yang memenuhi aspek kawalan kualiti. Anda boleh dapatkan pelbagai jenis perabot berkualiti dan cantik di Lorenzo di alamat di bawah:

    Ginova Marketing Sdn Bhd
    Lot 279 Jalan 1A Kampung Baru Subang
    40150 Shah Alam Selangor Darul Ehsan, Malaysia
    T: (603) 7847 4017
    F: (603) 7840 0741/42

    kedai kedai perabot kuala lumpur perabot
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article15 Idea Dekorasi Ruang Tamu ini Buat Anda Rasa Nak Ke Ikea
    Next Article 20 Hiasan Dalaman Bilik Tidur Anak Perempuan Yang Menarik

    Related Posts

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    6 Inspirasi Kabinet Warna Mushroom Yang Cantik Untuk Dapur Timeless & Neutral

    July 28, 2023

    Ubahsuai Kabinet Storan Besta IKEA Dengan Mewujudkan Rupa Built-In Custom

    July 20, 2023

    Cara Jadikan Almari Pax IKEA Kelihatan Built-In Untuk Ruang Storan Dalam Bilik

    July 20, 2023

    Kabinet Linen Hasil Guna Semula Kabinet Kayu Usang Antik Pusaka Keluarga

    July 11, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.