Ingatkan Kos Pasang Lantai Vinyl Mahal Rupanya Tak Sampai RM1000 Pun Kalau Pasang Sendiri

Dekorasi sesebuah rumah tidak terletak pada pemilihan perabot,cat dinding atau lampu sahaja.Pelbagai aspek lain perlu diambil kira. Pemilihan lantai yang sesuai dengan tema dekorasi juga memainkan peranan penting untuk impak yang maksima.

Trend terkini – penggunaan lantai kayu jenis lamina yang sememangnya melibatkan kos yang tinggi. Cantik sudah semestinya. Walaupun begitu, kos yang tinggi membataskan niat pemilik rumah untuk menghiasi ruang dengan lantai kayu seperti lamina ini.

Solusi – Kepada penggemar lantai kayu, anda tidak perlu risau. Ada alternatif lain yang anda boleh gunakan.Lantai vinyl dengan kos yang lebih murah mampu menjadikan ruang kediaman anda hampir setaraf dengan penggunaan lantai kayu lain. Rm 1000 sudah cukup untuk pasang lantai vinyl di rumah anda.Tidak percaya?Di sini kami bawakan bukti.

Kos Pasang Lantai Kayu Vinyl Rupanya Tak Mahal

Kami siarkan perkongsian oleh saudara Khairul Ezuwan di facebooknya bagaimana beliau berjaya memasang lantai vinyl dengan kos lantai vinyl pasang sendiri sekitar RM 1000 sahaja. Murah, senang untuk pasang sendiri dan sememangnya cantik. Anda mungkin boleh mula mencari pembekal vinyl flooring di sekitar tempat tinggal dan risik harga lantai vinyl per meter. Seterusnya anda boleh cuba pasang sendiri hujung minggu ini. Jom kita lihat bagaimana cara pasang lantai vinyl.

VIEW IN GALLERY

Lantai vinyl pasang sendiri & cara-caranya.

Dah siap.Dulu Saya ingatkan RM3,000 @ RM4,000 untuk buat lantai vinyl ni . Rupanya kos kurang dari RM1,000 untuk keluasan 300 sqft dengan DIY.

Sebab ramai yg berminat nak tahu pasal pemasangan lantai vinyl DIY ni saya kongsikan sikit mengenai kos, alatan yg digunakan untuk pemasangan & lokasi nak dapatkan bahan.

Saya gunakan Luxury PVC Plank dengan ketebalan 3mm, panjang setiap satu keping 3 kaki & lebar 6 inchi . Satu kotak mengandungi 16 keping .harga setiap kotak cuma RM58.

VIEW IN GALLERY

Untuk keluasan 300 sqft ruang yg saya buat ni menggunakan 13 kotak kesemuanya. Gam pula menggunakan gam khas vinyl glue satu tong berharga RM68, satu tong DIY cukup untuk keluasan 300 sqft ni. Saya beli 20 kotak Vinyl adhesive, lepas siap pasang masih berbaki 7 kotak yg tak guna & 2 tong vinyl glue , satu tong lagi langsung tak terusik.

Kalau ikut kos sebenar untuk pasang lantai keluasan 300 sqft ni :

Vinyl adhesive 13 kotak = (RM58 x 13 ) = RM754

Vinyl glue 1 tong = (RM68 x 1) = RM68

Jumlah kos = RM822

VIEW IN GALLERY

Alatan yg saya gunakan untuk DIY ni punya sangat simple (ini diy tau bukan kontraktor professional)

1. Pembaris L
2. Pisau
3. Pensel
4. Berus cat
5. Gunting
6. Kain buruk

Mana lokasi nak dapatkan vinyl ni ? Carpet Prima Sdn Bhd Kat Nilai 3. Address tengok pada receipt dalam gambar.

Jangan takut2 nak cuba buat ye, anak saya 8 tahun pon boleh tolong buat sekali . Macam main puzzle jer dia kata. Nak tengok cara pasang, boleh tengok kat youtube.

VIEW IN GALLERY

Selamat mencuba . Kalau esok Carpet prima out of stock , jangan salahkan saya .hehe

BACA JUGA : Corak susunan tiles terkini bilik air

Cukup menarik bukan? Kalau anda berhajat nak pasang lantai vinyl di rumah dengan kos yang rendah bolehlah tiru idea & step by step yang dikongsikan oleh saudara kita ini.Boleh cuba survey harga lantai laminate dari pembekal yang berdekatan. Selamat mencuba.

Kredit : Khairul Ezuwan

Tags: #diy vinyl flooring malaysia #lantai rumah #lantai vinyl

DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine
Mahu mencipta rupa fluted pada perabot lama? Sebuah nightstand lama sedia ada beberapa
DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri
Projek DIY boleh menjadi sangat terapeutik terutamanya apabila ia sesuatu yang istimewa, seperti
Ubahsuai Dapur Kecil Melalui Reka Bentuk Layout Yang Betul. Kini Cerah & Moden!
Untuk mendapatkan layout yang betul, ruang perlu diubahsuai dengan mereka bentuk dan merenovasinya,
Pembinaan Bilik Dalam Ruang Bawah Tanah Sebagai Suite Tetamu. Selesa & Relaks!
Membina bilik dalam ruang bawah tanah sempurna untuk semua pengguna mempunyai privasi, seperti