Sebaik sahaja memiliki rumah sendiri, pasti banyak idea yang ingin dibuat untuk menghias rumah tersebut. Seperti Mohd Fahmi dari Sungai Petani yang berkongsi DIY wainscoting dan shiplap untuk rumah PR1MA pertamanya yang berkeluasan 1800++ sqft. Setelah mendapat kunci pada bulan 5 2020, inilah projek DIY yang pertama kali dilakukannya.
Sebelum
Proses dan Hasil DIY
Wainscoting
Kayu, 6 keping cermin berukuran 303 mm x 303 mm berharga RM 47.90 dan peralatan dari Shopee.
Cat sealer 2 lapisan dan cat warna 3 lapisan disapu pada kayu.
Cat putih menggunakan jenama Nippon Paint manakala dinding atas menggunakan Satin Glo kod warna N 1865P Wall Arte (sama seperti shiplap).
Plywood dilekatkan pada dinding terlebih dahulu. Kemudian, cermin ditampal menggunakan double tape dan gam X-Bond.
Kawasan berlekuk mengikut masalah dinding yang tidak rata. Disebabkan sukar melekat menggunakan gam, maka nail gun digunakan.
Kabinet TV berukuran 8 x 5 kaki berharga RM 1600, ditempah dari tukang membuat kabinet.
Shiplap
Potong menggunakan gergaji dan lekat menggunakan gam yang sama.
Stor bawah tangga sebagai tempat menyimpan peralatan.
Melihatkan hasil kerjanya ini, bolehlah perlahan-lahan membuat DIY yang lain.
Kredit: Mohd Fahmi Osman