Projek DIY 3 Jenis Para Sebagai Almari Pakaian Dengan Konsep Terbuka

Mohon share tanda suka

Kini kelihatan semakin ramai orang yang menggunakan konsep almari terbuka untuk menyusun atur segala pakaian mereka. Kami ingin berkongsi sebuah hasil projek DIY oleh Zarul Islan yang dikongsikan oleh isterinya, Syahidatul Farhana dalam FB group ‘Kelab Kaki D.I.Y’. Projek pada tahun 2017 itu adalah mengenai DIY 3 jenis para sebagai almari pakaian dengan konsep terbuka. Sumber inspirasi DIY ini adalah dari Google, tetapi diolah mengikut bajet dan kemampuan mereka.

VIEW IN GALLERY

Para 1:
– 2 pasang besi L berharga RM 17.80 dan sepaket cangkuk berharga RM 1.80 dari Mr. DIY
– Batang besi berharga RM 8 lebih dari kedai hardware
– Papan (percuma atau terbuang)
Para ini menggunakan besi L yang lebih mahal untuk memastikan ia benar-benar kukuh untuk menyokong berat baju dan barang-barang yang akan diletakkan di atas para.
Para 2:
– 2 pasang besi L berharga RM 4.24 dari kedai Eco
– Sepaket skru berharga RM 1.80 dari Mr. DIY
– Batang besi berharga RM 8 lebih dari kedai hardware
– Washer (sedia ada)
Tidak menggunakan cangkuk, suaminya hanya skrukan batang besi dan besi L.
Para 3:
– 2 pasang besi L berharga RM 4.24 dari kedai Eco
– Sepaket cangkuk berharga RM 1.80 dari Mr. DIY
– Batang penyapu (percuma atau sedia ada)
– Papan (percuma atau terbuang)
Para ini juga menggunakan 4 besi L disebabkan jubah yang agak berat.
HASILNYA:
Bahan sampingan:
– Wallpaper untuk membalut papan
– Penutup paip berharga 30 sen sekeping dari Mr. DIY
TAHUN 2019
TAHUN 2020
Sudah memasuki hampir 4 tahun dan ia masih bertahan kukuh. Jadi, anda tidak perlu lagi ragu-ragu untuk mencuba idea DIY ini.
Kredit: Syahidatul Farhana Shafie

Tags: #diy almari pakaian terbuka #idea diy #idea konsep almari terbuka

Panduan Pencahayaan Untuk Setiap Ruang Dalam Rumah Yang Bajet & Mesra Alam
Mohon share tanda sukaPencahayaan, bahagian menyeronokkan dalam proses renovasi dan dekorasi rumah. Fixture
Transformasi Mudroom Bertemakan Hitam & Putih. Moody Namun Masih Terang
Mohon share tanda sukaWalaupun moody, ruang masih terang dan ‘mesra’. Itulah matlamat ketika
Dekorasi Rumah Pertama Gaya Muji Bertemakan Warna Putih, Kayu & Emas
Mohon share tanda sukaWalaupun sudah bertahun tinggal, terdapat dekorasi rumah yang masih dalam
Dekorasi Rumah Ini Dihiasi Barangan, Bunga Segar & Kehijauan Yang Cantik & Selesa
Mohon share tanda sukaWalaupun belum lengkap kerana masih banyak perlu dilakukan namun kelihatan

Comments are closed.