Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Kongsi Deco Rumah Anda
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Projek DIY Accent Wall Di Ruang Tamu Dengan Anggaran Modal RM 180+
    DIY

    Projek DIY Accent Wall Di Ruang Tamu Dengan Anggaran Modal RM 180+

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJuly 5, 2021Updated:July 6, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    hasil diy accent wall
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Sebelum dinding panel TV, Mazlan Nurul telah berkongsi langkah-langkah DIY accent wall di ruang tamu rumahnya dengan anggaran modal RM 180+ (tidak termasuk cat) yang pertama kali dibuat sebagai hadiah untuk isterinya. Rujukan maklumat DIY ini diperolehinya dari group dekorasi, laman Pinterest dan YouTube.

    Barang-Barang Yang Diperlukan

    VIEW IN GALLERYbahan diy accent wall

    – 25 batang kayu (siap diketam) bersaiz 1″ x 1″ dan 6 kaki panjang
    – Filler kayu (mengisi lubang antara sambungan kayu)
    – 2 adhesive sealant (gam kayu)
    – 3 acrylic latex sealant jenis paintable (mengisi lubang antara kayu dengan dinding)
    – Kertas pasir halus dan kasar (240 dan 110)
    – Berus dan roller cat
    – Cat (2 liter) jenama ICI Dulux Easy Clean kod warna Blue Bolt
    – Masking tape
    – Sesiku L

    Boleh dapatkan dari kedai hardware, Mr. DIY, kedai Eco dan Ninso.

    Langkah-Langkah DIY Accent Wall

    VIEW IN GALLERYlakaran accent wall

    Lakar dahulu pelan.

    VIEW IN GALLERYdiy accent wall step 1

    Saiz dinding adalah 2.5 x 3.2 m.

    Catkan 1 lapisan.

    VIEW IN GALLERYdiy accent wall step 2

    Sesudah kering, lekatkan masking tape untuk mengagak bilangan kayu yang hendak digunakan. Setelah mempunyai ukuran, potong kayu menggunakan sesiku L untuk mendapatkan sudut 45 darjah.

    VIEW IN GALLERYspacer

    Potong sekeping kayu sebagai ‘spacer’ (pengukur jarak). Ia memudahkan kerja dan menjimatkan masa.

    VIEW IN GALLERYdiy accent wall step 3

    Tampalkan kayu bermula dengan hujung 4 penjuru. Selepas digam, letakkan masking tape supaya kayu tidak jatuh, atau paku untuk lebih kukuh. Biarkan semalaman.

    VIEW IN GALLERYdiy accent wall step 4

    Isikan sambungan antara kayu mengunakan filler kayu. Jika paku, tampalkan filler pada permukaannya. Letakkan sealant antara kayu dengan dinding dan lap lebihan.

    Apabila sudah kering, gosokkan semua kayu menggunakan kertas pasir yang kasar, kemudian halus. Gosokkan sambungan kayu yang sudah ditampal dengan filler dan sealant. Lap bersih.

    Mulakan mengecat sebanyak 2 lapisan.

    Hasil DIY Accent Wall Ruang Tamu

    VIEW IN GALLERYhasil diy accent wall

    VIEW IN GALLERYhasil diy accent wall 1

    Selamat mencuba!

    Kredit: Mazlan Nurul

    diy accent wall idea deko dinding idea diy
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleProjek DIY Panel Dinding TV Untuk Sembunyikan Wayar Dan Jimatkan Ruang
    Next Article Hasil Dekorasi Rumah Sewa Bersaiz Kecil Dengan Konsep Minimalis & Natural

    Related Posts

    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.