Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Projek DIY Panel Dinding TV Untuk Sembunyikan Wayar Dan Jimatkan Ruang
    DIY

    Projek DIY Panel Dinding TV Untuk Sembunyikan Wayar Dan Jimatkan Ruang

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJuly 4, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Nak sembunyikan wayar-wayar yang berselirat di ruang TV sekaligus menjimatkan ruang? Ikuti perkongsian projek DIY panel dinding TV ini. Kebanyakan barang yang digunakan adalah yang terpakai sahaja seperti kayu dan papan lama. Sebelum itu, sedikit penjelasan mengenai projek ini:

    – Haba TV boleh keluar kerana lubang dibuat. Terdapat ruang antara TV dan panel dinding

    – Tidak perlu membuka/meruntuhkan panel sekiranya wayar/kabel rosak kerana TV di-attach pada bracket dinding. Jika terdapat masalah, boleh mengangkat TV dari bracket dan baikinya. Boleh juga memasang kabel lain pada TV

    – Di atas para, terdapat plug point. Boleh buka dan tutup suis TV pada bila-bila masa

    Pelan & Ukuran

    VIEW IN GALLERY

    Terdapat 3 lubang kecil untuk memasukkan wayar dan 2 suis.

    Bahan-Bahan Yang Diperlukan

    VIEW IN GALLERY

    Tambahan:
    – Papan
    – Rak dinding Lack dari IKEA
    – Kayu
    – Cat berwarna Ascort Blue
    – Cat spray
    – Kertas pasir (240 dan 120)

    Langkah-Langkah DIY Panel Dinding

    VIEW IN GALLERY

    Buat frame supaya apabila ditampal pada dinding, ia lurus dan ukuran tidak ‘lari’.

    VIEW IN GALLERY

    Tampalkan frame pada dinding menggunakan gam kayu.

    Dinding rumah ini tidak rata, jadi kayu dipotong kecil-kecil dan diletakkan sebagai sokongan antara kayu dan dinding.

    VIEW IN GALLERY

    Papan bawah ditebuk lubang menggunakan pisau untuk memasukkan TV dan rak.

    VIEW IN GALLERY

    Papan atas ditebuk 3 lubang untuk mengeluarkan wayar dan 2 plug suis.

    Lekatkan papan pada frame kayu menggunakan skru.

    Finishing

    VIEW IN GALLERY

    Gunakan filler kayu untuk menutup segala lubang, bekas skru dan gap sambungan papan atas dan bawah. Sesudah kering, gosok menggunakan kertas pasir. Sapukan lagi filler sehingga papan terasa licin.

    VIEW IN GALLERY

    Letakkan latex sealant antara dinding dan kayu. Gosok menggunakan kertas pasir kasar (120), kemudian halus (240). Sesudah licin, sapukan habuk dan lap.

    VIEW IN GALLERY

    Siap untuk dicat.

    VIEW IN GALLERY

    Hasil DIY Panel Dinding TV

    VIEW IN GALLERY

    Semoga bermanfaat!

    Kredit: Mazlan Nurul

    diy panel dinding tv idea diy idea jimat ruang & kemas
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleProjek DIY Rak Barang Laundry Dari Paip PVC Dengan Kos Dalam RM 40 Je
    Next Article Projek DIY Accent Wall Di Ruang Tamu Dengan Anggaran Modal RM 180+

    Related Posts

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    DIY Deko Bilik Kanak-Kanak Lelaki Konsep Industrial Dengan Accent Kayu & Logam

    July 26, 2023

    Hasilkan DIY Mobile Bayi Dahan Untuk Tambah Sentuhan Kreatif Dalam Nurseri

    July 24, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.