Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Perabot»7 Tips Berguna Sebagai Panduan Anda Memilih Perabot Rumah
    Perabot

    7 Tips Berguna Sebagai Panduan Anda Memilih Perabot Rumah

    RishdanBy RishdanFebruary 20, 2017Updated:February 20, 2017No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Set perabot rumah untuk ruang tamu moden dengan susunan menarik
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Membeli perabot rumah memang agak memeningkan kepala kalau tiada ilmu asas dalam aspek pemilihan perabot. Lebih-lebih lagi jika kita memiliki ruang yang agak terhad, pemilihan perabot haruslah sesuai supaya suasana dalam rumah anda lebih kemas & tersusun.

    Perkara penting yang perlu diberi perhatian sebelum memilih perabot rumah adalah memastikan beberapa asas seperti menentukan penampilan, memfokuskan kepada gaya dan citarasa kepada ruang-ruang tertentu, mengenal pasti bentuk aktiviti yang boleh kita buat di ruang tersebut serta fungsi perabot yang bakal kita beli.

    Sebagai rujukan, di bawah ini kami bawakan beberapa tip dan panduan penting yang perlu anda tahu dalam pemilihan perabot samada untuk kediaman atau ruang pejabat anda. Tip ini merangkumi beberapa aspek penting seperti saiz ruang, konsep, kualiti, harga, warna, bajet serta kos penghantaran yang akan dikenakan.

    01. Pilih Perabot Sesuai Dengan Konsep

    Konsep hiasan dalaman untuk sesebuah ruang adalah sangat penting sebelum anda memilih perabot. Tidak dapat dinafikan, dengan memilih konsep terlebih dulu memudahkan kita untuk menentukan perabot yang manakah paling sesuai dengan konsep yang kita bawa. Contoh konsep yang boleh menjadi pilihan anda termasuk lah konsep moden, tradisional, alam semula jadi, kontemporari,minimalis dan banyak lagi. Nota : Perabot moden tidak sesuai dengan konsep tradisional.

    VIEW IN GALLERYHiasan dalaman ruang tamu dengan konsep hitam dan putih dengan perabot gaya moden kontemporari

    02. Ukur Perabot Mengikut Keluasan Rumah

    Sebelum membeli perabot, kita juga perlu mengambil kira saiz ruang. Seeloknya sebelum ke kedai perabot, kita boleh mengambil ukuran ruang. Setelah mendapat ukuran, bboleh lah ke kedai perabot yang berdekatan.Jangan lupa pula untuk ukur perabot sesuai dengan saiz ruang kita tadi. Cuba tanya dengan tauke kedai perabot tadi, ada ke pita ukur untuk anda guna. Biasanya pita ukur ada disediakan di kedai-kedai perabot.

    Baca juga : 11 Tips Ini Penting Untuk Anda Tahu Sebelum Pilih Perabot di Ikea

    03. Jenis dan Kualiti Kayu

    Sebagai pengguna, kita berhak untuk tahu kualiti sesuatu product begitu juga dengan perabot. Penting untuk kita tanya material yang digunakan untuk buat perabot tersebut. Contohnya jenis kayu, ini menentukan jangka hayat perabot. Elakkan membeli perabot yang dibuat dari habuk kayu. Memang tak dinafikan ianya murah, tapi bagaimana dengan kualiti produk?.

    04. Berkaki Lebih Baik

    Fikirkan fungsi perabot dalam aktiviti harian kita. Pemilihan perabot yang berkaki adalah lebih baik kerana memudahkan kerja kita untuk membersihkan habuk terutamanya di lantai. Selain itu juga, perabot yang berkaki lebuh mudah untuk dialih atau diangkat berbanding dengan perabot yang tidak berkaki.

    5. Warna

    Warna juga memainkan pesanan yang cukup penting dalam pemilihan perabot rumah. Cuba padankan warna perabot dengan lain-lain warna dalam ruang . Pemilihan warna perabot yang tidak sesuai akan mencacatkan lagi suasana dalam ruang itu sendiri.

    VIEW IN GALLERYKonsep hiasan dalaman yang simple dengan gabungan warna sofa dan cat dinding yang sesuai

    6. Harga Mengikut Bajet

    Dengan ekonomi sekarang, kita perlu hati-hati berbelanja. Jika boleh, kaji dulu harga yang sesuai dengan poket anda. Jika mampu keluarkan bajet lebih sedikit, boleh pilih perabot yang berkualiti yang taman untuk jangka masa yang lama.

    7. Kos penghantaran

    Kos penghantaran juga perlu diambil kira sebelum membeli perabot. Kadang-kadang ada kedai perabot yang kenakan  caj ekstra untuk kos penghantaran. Cuba pilih kedai perabot yang menawarkan kos penghantaran percuma.
    Kredit : zai’ma hamzah..

    Baca lagi : 15 Idea Dekorasi Ruang Tamu Terkini Untuk Jimat Ruang

    perabot perabot rumah tips
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article11 Tips Ini Penting Untuk Anda Tahu Sebelum Pilih Perabot di Ikea
    Next Article Anda Mungkin Tidak Percaya Rumah Kecil Ini Sebenarnya Luas

    Related Posts

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    6 Inspirasi Kabinet Warna Mushroom Yang Cantik Untuk Dapur Timeless & Neutral

    July 28, 2023

    Ubahsuai Kabinet Storan Besta IKEA Dengan Mewujudkan Rupa Built-In Custom

    July 20, 2023

    Cara Jadikan Almari Pax IKEA Kelihatan Built-In Untuk Ruang Storan Dalam Bilik

    July 20, 2023

    Kabinet Linen Hasil Guna Semula Kabinet Kayu Usang Antik Pusaka Keluarga

    July 11, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.