Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Langsir Terkini»3 Tips Penting Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Tempah Langsir
    Langsir Terkini

    3 Tips Penting Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Tempah Langsir

    RishdanBy RishdanApril 8, 2017No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Warna langsir pastel lembut pasti buat suasana ruang tamu segar dan nyaman
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Dalam beberapa bulan saja lagi kita akan meraikan kehadiran 1 Syawal yang merupakan hari kemenangan untuk seluruh umat Islam. Mungkin ada di antara kita yang mula tempah langsir baru untuk raya 2017 ini. Tukang jahit langsir sudah mula sibuk menerima tempahan yang harus disiapkan sebelum tibanya Hari Raya.

    Kalau ada di antara anda yang rancang untuk tukar langsir rumah sebagai persediaan raya 2017, anda perlu ambil tahu tentang pemilihan kain langsir. Di bawah kami sediakan 3 perkara penting yang perlu anda tahu semasa sebelum tempah langsir baru.

    1. Jenis kain langsir (fabrik)

    Sebelum memilih langsir anda perlu ambil kira suasana bilik atau ruang. Untuk ruang yang lebih rasmi eloklah digayakan dengan langsir fabrik tebal seperti sutera baldu yang mempunyai bukaan besar. Bagaimanapun, pilihan lebih praktikal adalah campuran rayon sutera dan kapas.

    VIEW IN GALLERYHiasan dalaman ruang tamu dengan langsir sutera baldu

    Untuk suasana ruang lebih santai cukup hanya menggayakan langsir dari kain kain linen, baldu lembut atau kapas campuran. Anda boleh juga cuba hiasan tambahan pada bahagian kepala langsir untuk jadikan langsir lebih menarik dan tidak buat anda bosan.

    VIEW IN GALLERYLangsir putih merah mewah untuk ruang tamu

    2. Warna Fabrik

    Padanan warna langsir perlu mengambil kira gaya hiasan dalaman ruang. Warna dinding, perabot atau aksesori lain juga perlu padan. Anda boleh gayakan sama ada warna gelap supaya seimbang dengan warna dinding yang cerah atau pastel yang bukan warna dominan di ruang tersebut. Tapi, ia bergantung pada keadaan dan citarasa anda sendiri serta perubahan trend.

    VIEW IN GALLERYGaya langsir warna gelap dipadankan dengan dinding warna lembut dan perabot pastel

    Langsir warna terang boleh menarik pandangan mata dan mampu memberi kesan yang hebat. Contohnya langsir warna merah bila dipadankan dengan dinding putih mampu memberi pesona berbeza pada ruang kediaman anda.

    VIEW IN GALLERYIdea dekorasi ruang tamu dengan langsir merah dipadan dengan set sofa pastel

    Anda juga boleh cuba langsir warna pastel yang lebih selesa & sejuk bila dipandang. Namun, untuk impak yang sempurna, anda perlu rancang gabungan warna pastel. Mula dari kusyen ke langsir dan dinding, ianya perlu ada kesinambungan dalam pilihan warna. Hasilnya pasti menawan setiap mata.

    VIEW IN GALLERYWarna langsir pastel lembut pasti buat suasana ruang tamu segar dan nyaman

    3. Corak Langsir

    Untuk ruang yang telah di hias dengan “wallpaper”, eloklah anda tempah langsir yang kosong (polos) untuk elak ruang jadi serabut kerana terlalu banyak corak.

    VIEW IN GALLERYHiasan dalaman ruang tamu dengan kertas dinding bercorak dan langsir polos

    VIEW IN GALLERYhasil dekorasi moden dengan langsir kosong dan sofa set warna pastel

    VIEW IN GALLERYIdea hiasan dalaman ruang tamu dengan langsir jarang dan dinding pastel

    Sebaliknya jika dinding polos bolehlah anda padankan dengan langsir bercorak. Namun, cuba elak fabrik sofa yang sama corak dengan kain langsir kerana kedua-duanya akan bertembung untuk menarik perhatian. Untuk ruang yang kecil, langsir harus dipasang tinggi ke paras siling. Dinding akan nampak lagi kemas.

    VIEW IN GALLERYHiasan dalaman ruang tamu gaya santai sesuai untuk rumah tepi pantai dengan langsir bercorak

    corak kain langsir Kain Langsir tempah Kain Langsir warna kain langsir
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKenapa anda Perlu Letak Aluminium Foil Atas Papan Seterika? Idea Ini Sangat Membantu
    Next Article Fesyen Langsir Moden Dan Terkini Untuk Menghiasi Rumah Anda [ 30 Gambar ]

    Related Posts

    6 Jenis Rail Langsir Terbaik untuk Rumah – Panduan Lengkap & Tips Pemilihan

    February 16, 2023

    Ubahsuai Ruang Tamu Dan 2 Bilik Hasil Tukar Langsir Baru. Mudah Dan Cantik!

    January 26, 2022

    15 Idea & Contoh Langsir Terkini Gaya Inggeris Sebagai Pelengkap Deko

    March 28, 2021

    DIY Dan Gantung Sendiri Je Langsir. Lebih Jimat Dengan Modal RM 50 Sahaja

    February 5, 2021

    Tips Pemilihan Langsir Yang Penting Untuk Ruang Dalaman Rumah Anda

    December 14, 2020

    Nak Jimat, Jahit Sendiri Je Langsir. Sama Cantik Dengan Yang Sudah Siap

    October 15, 2020

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.