Transformasi Luar Biasa Rumah Teres Usang Ke Homestay

Kadang-kadang rasa sayang bila kita nampak rumah yang terbiar dan ditinggalkan lama sehingga menjadi usang dan penuh semak-samun. Ini kerana rumah sebegitu berpotensi untuk dicantikkan semula dengan membaikpulih keadaannya. Rumah yang masih kukuh berdiri itu sayang kalau disia-siakan. Tapi tidak buat seorang wanita ini iaitu Nur Natasha Abdullah yang membelanjakan sebanyak RM 115K untuk membaikpulih sebuah rumah teres lama yang dibelinya kepada homestay. Rumah yang berkeluasan 20 x 60 kaki ini dijadikan homestay dengan 2 bilik tidur, 2 bilik air dan ditambah 2 kolam.

Menurutnya, kos keseluruhan itu adalah termasuk kos upah kontraktor dan barang-barang dalam rumah. Kebanyakan barang dibeli oleh Puan Natasha sendiri seperti mozek, sinki, mangkuk tandas, lampu, kipas, pam, filter kolam dan lain-lain yang kemudiannya dipasang oleh pekerja. Design dan idea dekorasi juga datang daripada Puan Natasha yang bersumberkan Pinterest.
Lokasi: Taman Dato Rashid, Kuantan, Pahang.

VIEW IN GALLERY

Kos upah membina kolam luar (anggaran ukuran 13 x 9 x 3.5 kaki) beserta tembok rumah adalah RM 20 K. Kos tak termasuk barang-barang kolam seperti mozek (RM 3200 = RM 8 sekeping), pam (RM 1700), filter (RM 1500) dan skimmer (RM 600). Klorin menggunakan floating chlorine dispenser.

VIEW IN GALLERY

Cadar dari Shopee.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Table top dibina dari konkrit dan simen. Selepas batu-bata disimen, meja dicat dengan cat minyak bagi licin sebagai finishing. Barang-barang lain:

  • Tempat menyangkut cawan jenama Firntop dari IKEA (hook dan palang dijual berasingan)
  • Cawan dari kedai Happy Home
  • Rak dinding (saiz besar) dari SSF
  • Pokok artificial (jenis berjuntai) berharga RM 4.32 dari Shopee

VIEW IN GALLERY

Kayu ditempah dan dibuat meja dan bangku di kedai berasingan manakala besi dipasang sendiri.

VIEW IN GALLERY

Sofa dari kedai perabot.

VIEW IN GALLERY

Jubin dinding bercorak batu-bata dari kedai mozek (RM 5.50 sekeping). Cermin dari kedai kabinet dan sinki.

Kredit: Nur Natasha Abdullah

Related Posts

DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

Mahu mencipta rupa fluted pada perabot lama? Sebuah nightstand lama sedia ada beberapa tahun lalu ini diubahsuai semula, memberikan rupa diinginkan untuk bilik pelangi. Mahu berjimat seboleh…

DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

Projek DIY boleh menjadi sangat terapeutik terutamanya apabila ia sesuatu yang istimewa, seperti ubahsuai dresser kayu ceri untuk sebuah nurseri ini dengan sentuhan peribadi. VIEW IN GALLERY…

10 Idea Kombo Warna Pintu Hadapan + Bidai Luar Rumah Yang Mungkin Anda Suka

Tunjukkan personaliti dan tingkatkan tarikan rumah dengan salah satu idea kombo warna pintu hadapan + bidai luar ini. Memilih palet yang betul membuatkan orang lain memalingkan kepala…

Ubahsuai Dapur Kecil Melalui Reka Bentuk Layout Yang Betul. Kini Cerah & Moden!

Untuk mendapatkan layout yang betul, ruang perlu diubahsuai dengan mereka bentuk dan merenovasinya, seperti sebuah dapur kecil ini. Mahukannya berasa ‘ringan’, cerah dan moden, ia kini bersaiz…

Pembinaan Bilik Dalam Ruang Bawah Tanah Sebagai Suite Tetamu. Selesa & Relaks!

Membina bilik dalam ruang bawah tanah sempurna untuk semua pengguna mempunyai privasi, seperti sebuah projek ini. Dari segi dekorasi, apa yang ada di rumah digunakan untuk mewujudkan…

Hasilkan DIY Mobile Bayi Dahan Untuk Tambah Sentuhan Kreatif Dalam Nurseri

Nurseri hampir selesai dengan sempurna? Boleh menambah sentuhan lain dengan DIY mobile bayi dahan ini. Kepingan kayu ini telah digunakan dalam bilik kanak-kanak lain. Kini ia dihasilkan…