Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Ubahsuai Rumah Teres 1 Tingkat Yang Simple Dan Kemas
    Idea Dekorasi

    Ubahsuai Rumah Teres 1 Tingkat Yang Simple Dan Kemas

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDAugust 10, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.
    Apa yang lebih melegakan apabila berjaya mendapatkan rumah sendiri berbanding duduk menyewa? Sama juga seperti Mohd Aswandi yang dapat membeli sebuah rumah subsale jenis teres setingkat di Kota Tinggi, Johor dengan harga RM 220K. Rumah yang berkeluasan 22 x 70 ini berjaya diubahsuai daripada suasana kosong dan suram kepada suasana simple dan ceria tetapi tetap kemas. Katanya, idea untuk mendekorasi rumah ini datang daripada isteri dan hasil carian Internet. Proses mendeko juga dilakukan oleh dirinya sendiri yang dibantu FB group deko yang disertainya.
    Kos keseluruhan dalam membaikpulih dan mengubahsuai rumah adalah RM 20K (termasuk perabot, deko dan renovation) Selain itu, Encik Aswandi juga:
    – Membuat wiring baru untuk satu rumah
    – Menambah 4 buah kipas, suis plag, penghawa dingin, water heater dan exhaust fan: RM 4000
    – Membina tembok hadapan, menarik belakang rumah dan memasang table top: RM 4200
    – Menambah awning belakang rumah (metal deck), awning hadapan rumah (ACP), grill belakang, pintu belakang dan pagar hadapan: RM 10000
    Jumlah kesemuanya adalah RM 18200.
    Tambahnya, walaupun tidak ditetapkan konsep deko, asalkan keadaan rumah tidak berselerak dan simple.
    VIEW IN GALLERY
    VIEW IN GALLERY
    Cat dinding berwarna hijau jenama Dulux (base C) kod ‘Zodiac Night’. Rak putih dibeli sewaktu jualan penghabisan stok di Index Living Mall.
    VIEW IN GALLERY
    Sofa dari IKEA dan langsir dari Shopee.
    VIEW IN GALLERY
    VIEW IN GALLERY
    VIEW IN GALLERY
    Cadar katil dibeli di Padang Besar. Tuan rumah tidak meletakkan almari baju dalam bilik tidur ini kerana ia memakan ruang. Oleh itu, segala pakaian diletakkan di bilik belakang yang telah dibuat sebagai bilik pakaian. Untuk menjimatkan ruang juga, dia membeli bracket besi untuk menggantung semua pakaian berbanding menggunakan almari.
    VIEW IN GALLERY
    VIEW IN GALLERY
    Langsir table top dari kedai kain Kota Tinggi, atau mana-mana kedai kain. Dia membeli sebanyak 3 meter kemudian dijahit tepi dan dibuat lubang. Seterusnya, langsir disangkut menggunakan dawai hijau dari kedai Eco, ikat dawai pada skru yang telah dipasang wall plug. 55 keping vinyl (yang sudah disertakan gam) dari kedai Eco dipasang sendiri pada lantai. Rak kayu berharga RM 59 dari IKEA.
    Kredit: Mohd Aswandi
    idea deko rumah idea simple dan kemas idea ubahsuai rumah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleUbahsuai Mudah dan Jimat Bilik Air Guna Bajet Kurang RM 300
    Next Article Idea Ruang Balkoni Rumah Jadi Tempat Bersantai

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.