Khas buat pencinta kucing dan para peminat deko yang memelihara kucing sekalian, kami ingin kongsikan sebuah idea untuk kucing anda iaitu, ‘makeover’ almari secondhand menjadi sebuah cat box. Idea ini diilhamkan oleh Viral Instacat, yang menjalankan sebuah servis pet adoption. Cat box ini dibuat sendiri menggunakan 2 buah almari secondhand yang asalnya adalah berasingan, tetapi diletakkan secara bertingkat.
Mereka menggunakan lutsinar arcylic transparent yang kelihatan seperti cermin, tempah mengikut saiz yang dimahukan dan berketebalan 3 mm. Dapatkan dari Shopee kerana ianya lebih murah berbanding kedai-kedai yang menjualnya dalam RM 230.
Peralatan yang digunakan dan kos pembuatannya adalah:
– 2 buah almari berharga RM 70 (Rm 35 untuk sebuah)
– 4 keping frame jenis acrylic berharga RM 116 (RM 29 untuk sekeping)
– 6 botol cat spray putih berharga RM 42 (RM 7 untuk sebotol). Jenis spray dipakai untuk memudahkan spray pada jaring BRC di bahagian tepi
– 2 buah bekas pasir berharga RM 8.40 (RM 4.20 untuk sebuah)
– Pengunci pintu berharga RM 2.10
– Jaring di tepi sudah sedia ada
Kos keseluruhan adalah RM 234.30
Pintu sudah siap ditanda dan hanya tinggal untuk upah memotong di bahagian tengah, tetapi harganya dalam RM 60 – RM 80 (upah untuk sebuah pintu berharga RM 15 – RM 20). Nak jimat, mereka memotongnya sendiri menggunakan mesin pemotong kayu dari Mr. DIY yang lebih murah berbanding di tempat lain yang berharga RM 500 lebih. Alatan ini tidak termasuk dalam senarai kos kerana boleh digunakan untuk keperluan lain.
HASIL:
RM 234.30 adalah kos membuat 2 buah cat box jadi, kos untuk sebuah adalah RM 117.15. Anda boleh menambah peralatan lain seperti tempat memanjat di dalamnya. Pasti si manja anda menyukainya!
Kredit: Viral Instacat