Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Wow! Kreatifnya Bila Cerek Lama Dijadikan Hiasan Dinding
    DIY

    Wow! Kreatifnya Bila Cerek Lama Dijadikan Hiasan Dinding

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJuly 21, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Ramai daripada kita mempunyai kreativiti tersendiri dalam dekorasi rumah. Ia merupakan salah satu aspek yang penting untuk menunjukkan rumah yang unik dan berbeza di antara rumah lain. Sebelum ini, kami ada kongsikan cerita mengenai seorang surirumah yang kreatif dalam menghias ruang dapur rumahnya menggunakan barang-barang terpakai dan kitar semula. Kali ini juga kami ingin kongsikan hasil kreativiti seorang wanita lain iaitu Puteri Fhara Ryan yang mengagumkan. Menerusi akaun Facebooknya, dia menceritakan bagaimana dia menjadikan sebuah cerek lama yang sudah tidak digunakan sebagai hiasan pada dinding. Ianya agak mudah dan boleh dipraktikkan oleh setiap orang jika anda mahukan kelainan dalam rumah.

    Yang penting, jangan menganggap semua barang sama ada telah rosak atau buruk sudah tiada nilainya. Sekiranya kita mempunyai pemikiran yang kreatif, barang yang dianggap tidak bernilai itu akan menjadi sesuatu yang berguna pada rumah kita.

    VIEW IN GALLERY

    Bahan-bahan yang diperlukan:

    1. Cerek lama
    2. Cat jenis spray
    3. Hiasan seperti manik, tisu decoupage, gam dan dawai
    4. Papan

    VIEW IN GALLERY

    Spray cat pada cerek dengan warna pilihan termasuk tangkainya dan biarkan kering.

    VIEW IN GALLERY

    Tampalkan hiasan manik, tisu decoupage atau apa-apa sahaja yang sesuai pada cerek mengikut citarasa sendiri.

    VIEW IN GALLERY

    Untuk kesan air menitis, gamkan manik pada dawai dan lekatkan pada muncung cerek.

    VIEW IN GALLERY

    Lekatkan cerek serta hiasan cawan dan piring pada papan yang telah disediakan dan siap dicat. Maka lengkap lah sebuah hiasan dinding rumah. Boleh menggunakan peralatan terpakai lain untuk lebih kreativiti dalam ruang rumah.

    Kredit: Puteri Fhara Ryan

    hiasan dinding kreatif idea deko dinding idea diy
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDIY Feature Wall Bilik Tetamu Pakai Sellotape Je?!
    Next Article DIY Pokok Hiasan Hanya Guna Bajet RM 24 Je!

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.