Memiliki rumah sendiri sudah tentu menjadi impian setiap orang. Lebih-lebih lagi rumah yang didiami itu dihiasi dengan dekorasi yang menepati citarasa dan kemahuan kita sendiri. Happy, teruja dan bermacam lagi perasaan masa mula-mula dapat kunci. Bila dah dapat kunci otak mula ligat fikirkan idea terbaik untuk dekorasi rumah. Selalunya hiasan dalaman sesebuah rumah lebih tertumpu kepada ruang tamu, bilik tidur dan juga landskap luar rumah. Tapi, jangan lupa dekorasi dapur yang menjadi tempat penting untuk isteri anda. Di sinilah si isteri banyak habiskan masa sediakan juadah untuk keluarga. Kepada yang berkerja, sudah tentu stress dan penat akan dirasai kalau pulang ke rumah melihat dapur yang membosankan, tidak kemas.
Apa kata, hadiahkan isteri anda dengan dekorasi dapur yang cantik, tenang dan eksklusif seperti design di bawah. Cuba lihat beberapa model dan contoh hiasan dalaman dapur moden pelbagai saiz di bawah untuk anda jadikan inspirasi.
1. Dapur hijau – Ketenangan semasa memasak dapat direalisasikan dengan dapur minimalis ini
Sumber asal : Google.com
Baca juga : Cara membuat kabinet dapur sendiri
Dekorasi dapur yang bertema hijau ini pasti membuatkan mata yang penat kembali segar. Warna yang cerah membawa suasan tenang dan ceria ke dalam dapur kita. Hiasan yang ringkas dan tidak keterlaluan ini membuatkan dapur nampak sangat teratur dan menyejukkan mata.
2. “Diy backsplash” menjadi daya penarik utama hiasan dalaman dapur yang berwarna putih ini.
Backsplash adalah salah satu cara yang efektif untuk mengubah penampilan ruang dapur anda, tapi kalau nak buat sendiri memang perlukan kepakaran tinggi. Nak tak nak terpaksalah upah kontraktor buat.
3. Mengecat kabinet dapur kayu dengan warna putih – 100% mengubah penampilan
Idea ini walaupun nampak mudah tetapi berkesan untuk mengubah keseluruhan ruang dapur. Dari segi kos pula ianya sangat efektik kerana anda tidak perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk membuat kabinet dapur baru. Warna putih memang lebih menyerlah jika dibandingkan dengan sebelumnya.
Baca juga : Hiasan dalaman dapur “DIY”
4. Untuk isteri yang suka warna pink, design dapur ini pasti buat dia teruja
Warna pink moden yang feminin ini pasti disukai oleh isteri anda. Warnanya yang terang dan ceria pasti membuatkan isteri anda bertambah rajin di dapur. Pencahayaan juga lebih bagus dengan warna terang. Tetapi, sanggupkah suami untuk menerima hiasan dalaman dapur dengan tema pink?
5. atau Purple
Hiasan dinding menggunakan elemen rama-rama menjadikan dinding lebih ceria dan tidak nampak kosong atau bosan. Dapur ini juga menggambarkan peribadi pemiliknya yang suka sesuatu yang bersifat comel,feminin dan tenang.
6. Ruang dapur dan makan yang berdekatan dengan taman membuatkan suasana terasa lebih segar dan nyaman.
Cuba bayangkan memasak sambil menikmati udara segar di ruang dapur begitu juga saat menikmati makanan bersama keluarga – cukup menenangkan.
7. Trend dapur dengan warna kelabu neutral
Walaupun biasa, 3 kerusi kuning menjadikan ruang dapur yang di cat dengan warna kelabu lembut ini lebih cantik dan menyerlah.
Baca juga : Trend Warna Cat Rumah Tahun 2017
8. Melabur untuk lampu hiasan dapur
Lampu memainkan peranan besar untuk mencantikan ruang di samping menjadikan ruang dapur cantik dan kemas serta nampak lebih ceria dan mewah di samping membawa penampilan moden bergaya.
9. Dekorasi dapur ala Inggeris menggunakan tema hijau biru
Menukar warna dinding sememangnya cara terbaik untuk mengubah keseluruhan ruangan dapur. Dapur Ala Inggeris ini menggunakan Dua tona warna kabinet iaitu biru dan putih dengan dipadankan dengan dinding berwarna hijau.
10. Dekorasi dapur dengan tema Hitam dan Putih
Akhir sekali, dekorasi dapur yang bertema hitam dan putih dengan hiasan menarik pada dinding sebagai penutup entri ini. Sungguh mantap dengan hanya menggunakan dua warna asas, keseluruhan penampilan dapur ini nampak moden, menarik dan praktikal. Hitam dan putih adalah tema yang agak tidak lapuk dek trend. Kalau anda jenis yang sukakan dekorasi yang sama tanpa memikirkan trend, dapur hitam dan putih sentiasa kekal relevan.
Facebook
RSS