Pertama Kali Buat, Projek DIY Pintu Sliding Barn Ini Atas Permintaan Isteri
Selepas merealisasikan impiannya sendiri untuk makeover dinding design batu-bata, Asrul Achoi meneruskan sebuah lagi projek iaitu DIY daun pintu sliding barn, pertama kali dibuat demi menunaikan permintaan isteri. Design seperti ini menelan kos dalam RM 600 yang agak menjimatkan bajet. Katanya, ianya sukar untuk dibuat tetapi apabila sudah tahu caranya, mudah sahaja. Cuma sepatutnya perlu meletakkan cermin tetapi ditukar kepada polikarbonat untuk mengelakkan sebarang kemungkinan dan bahaya kepada anak-anaknya jika menggunakan kaca.
Dia menyenaraikan serba sedikit bahan-bahan, alatan dan kos yang digunakannya untuk menghasilkan daun pintu ini di bawah;
VIEW IN GALLERY
– Set barn door berharga RM 200++ dari Shopee
– Plastik polikarbonat lutsinar berharga RM 224 4 x 7 kaki (sekaki dalam RM 8 lebih) dari kedai membuat awning
– Pemegang berharga RM 36
– Cat jenama Jotun: 1 liter undercoat Majestic Woods and Trims berharga RM 35, 1 liter cat Supreme Finish Matt White berharga RM 45 dan berus berharga RM 6
– Besi railing guide berharga bawah RM 7 dari Shopee
– Kayu nyatoh frame kecil berharga RM 90
– Kayu cengal (terpakai) frame besar berharga RM 40
– Skru berharga RM 1
– Silikon putih berharga RM 10
VIEW IN GALLERY
Alatan:
– Mesin gergaji Makita mitre LS1219L berharga RM 3.6K
– *Trimer router berharga dalam RM 300++
– *Pahat
– *Hammer
– Sander
– *Pisau larik
– *Drill
– Nail gun
– *Sesiku L
– *Pensel
– Gergaji tangan
– Kertas pasir
VIEW IN GALLERY
Jenis daun pintu ini banyak menggunakan trimer router untuk trim kekemasan kayu frame pintu dan membuat longkang untuk menyelitkan polikarbonat serta longkang di bawah pintu untuk guide bawah.
VIEW IN GALLERY
VIEW IN GALLERY
VIEW IN GALLERY
VIEW IN GALLERY
VIEW IN GALLERY
VIEW IN GALLERY
VIEW IN GALLERY
VIEW IN GALLERY
VIEW IN GALLERY
VIEW IN GALLERY
VIEW IN GALLERY
VIEW IN GALLERY
VIEW IN GALLERY
VIEW IN GALLERY
VIEW IN GALLERY
Kepada yang ingin mencuba, amat dialu-alukan kerana idea DIY pintu sliding ini sangat menarik. DIY seterusnya oleh Asrul adalah island table. Nantikan hasilnya.
Kredit: Asrul Achoi
Facebook
RSS