Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Ubahsuai»Beli Rumah Subsale & Ubahsuai Dengan Kos Renovasi RM8K Sahaja.Lihat hasilnya
    Ubahsuai

    Beli Rumah Subsale & Ubahsuai Dengan Kos Renovasi RM8K Sahaja.Lihat hasilnya

    RishdanBy RishdanOctober 26, 2018No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Beliau berjaya beli rumah subsale dengan harga separuh dari pasaran semasa. Rumah tersebut kemudian di ubahsuai dengan kos renovasi serendah rm8k sahaja, di beri sentuhan hiasan dalaman yang cantik seterusnya disewakan. Cukup bijak tindakan Dr Azizul Azli Ahmad yang merupakan seorang pensyarah & juga aktif dalam dunia pelaburan hartanah. Beliau juga gemar berkongsi tip pelaburan hartanah di akaun facebook beliau.

    Menurut beliau, rumah ini dibeli melalui pasaran subsale dimana pemilik asal menjualnya kerana berpindah ke tempat lain. Dahulunya ia disewakan kepada pelajar. Terdapat bahagian rumah yang sudah pecah & perlu diperbaiki.

    Rumah yang terletak di kawasan bandar Universiti Seri Iskandar, Perak ini dibeli oleh Dr Azizul pada 2 tahun lepas. Kini ianya disewakan kepada seorang pensyarah wanita berasal dari Indonesia yangb erkhidmat dengan UTP.

    Di bawah ini kami kumpulkan gambar sebelum kerja ubahsuai rumah teres setingkat ini dilakukan.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Mungkin anda terkejut jika dapat tahu harga rumah teres 1 tingkat yang dibeli oleh Dr Azizul ini berharga Rm63000 sedangkan harga pasaran mencecah RM130,000.

    Untuk kos ubahsuai rumah teres setingkat ini, beliau membelanjakan RM6,000 termasuk kos membaiki pagar dan tambahan ruang dapur.

    Kos hiasan dalaman pula berjumlah RM1,000. Kebanyakan barangan untuk hiasan dalaman seperti seperti sofa, meja makan, kerusi, frame dan rak besi dibeli dari Ikea. Gaji tukang cat adalah RM400 untuk dua orang pekerja selama 2 hari. Kos beli cat pula RM350 sahaja.

    Menurut beliau lagi, pembiayaan dan pinjaman bank untuk kediaman ini hanya 70% dari harga asal iaitu RM44,100, dari Maybank. Bayaran bulanan hanya RM223 sebulan sementara kadar sewa semasa yang diberikan adalah RM700 dengan satu penghawa dingin di bilik utama.

    “Letakkan sedikit pohon plastik agar rumah kita tidak kelihatan terlalu ‘keras’. Elemen semulajadi penting.”

    Gambar hiasan dalaman rumah teres selepas diubahsuai.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Menurut Dr Azizul, beliau memberi kadar sewa lebih murah dari harga pasaran kerana penyewa ini membayar sewa terus 6 bulan ke hadapan.

    “Daripada bayaran bulanan kepada bank dan sewa yang dikenakan, kiraan lebihan sewa adalah RM447 sebulan. Jika dihimpunkan setahun akan ada bonus RM5,724. Duit ini boleh masuk tabung anak agar tak pinjam PTPTN nanti.”

    “Anggapan jika disimpan selama 10 tahun dengan kadar yang sama akan ada RM57,240.00 . Jika letak dalam ASB atau TH akan lebih cepat beranak pinak lagi.”

    Pesanan kepada pembaca dan orang muda

    Pensyarah yang juga mengusahakan SewaIdaman.com ini sempat memberikan pesanan kepada pembaca :
    1. Rumah mampu beli tetap ada.

    2. Tidak semua rumah mahal jika kita pandai mencari

    3. Pasaran subsale dan lelong tawarkan nilai yang lebih baik dalam hartanah

    4. Ubahsuai rumah tidak makan belanja mahal jika kita kreatif.

    5. Beli rumah kecil dan bermulalah

    “Beli sebuah rumah kecil dan bermulah jadi pemilik hartanah yang baik. Buat simpanan agar anak kita tak meminjam waktu belajar nanti, bukan untuk kita joli.”

    Baca lagi : Konsep Klasik dan Moden Digabungkan Dalam Rekaan Rumah Teres ini Untuk Hasil Yang Superb

    rumah teres rumah teres 1 tingkat
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleHanya RM 65K Dapat Bina Rumah Kampung Secantik Ini Dalam Masa 1 Bulan Lebih Sahaja
    Next Article Nak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri? Sila Semak 6 Perkara Ini Dulu

    Related Posts

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Ubahsuai Dapur Kecil Melalui Reka Bentuk Layout Yang Betul. Kini Cerah & Moden!

    July 26, 2023

    Pembinaan Bilik Dalam Ruang Bawah Tanah Sebagai Suite Tetamu. Selesa & Relaks!

    July 25, 2023

    Pembinaan Bilik Air Baru Melalui Renovasi Bilik Ruang Bawah Tanah Yang Mesra Bajet

    July 23, 2023

    Ubahsuai Bilik Berkonsepkan Moden Yang Mampu Milik Untuk Kanak-Kanak Lelaki

    July 21, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.