Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Diy Kolam Renang Mini Yang Super Kreatif
    DIY

    Diy Kolam Renang Mini Yang Super Kreatif

    RishdanBy RishdanNovember 17, 2018Updated:November 17, 2018No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Gembiranya bila melihat anak-anak bermain air dalam kolam renang mini yang dibina oleh Saudara Hafizh Ateh AR. Anda boleh cuba buat sendiri (DIY) kolam renang seperti ini di laman belakang rumah anda. Anak-anak pasti teruja.

    Jom kita lihat cara-cara membuat kolam renang mini dari perkongsian saudara ini.

    1.Proses mengorek tanah ( tanda terlebih dahulu)

    VIEW IN GALLERY
    Langkah pertama sebelum proses mengorek tanah ialah menanda kawasan yang hendak dikorek samada menggunakan tali benang atau kayu.Seterusnya tanah dikorek dengan keluasan yang diinginkan. Dalam projek diy ini, beliau menggali tanah menjadi 3 level kedalaman sesuai dengan ketinggian anak-anak.

    VIEW IN GALLERY

    Rekabentuk kolam renang yang bakal terhasil ini bergantung pada diri sendiri. Paling biasa kita lihat adalah bentuk segi empat. Tapi ianya bergantung pada kreativiti anda serta bersesuaian dengan ruang.

    2.Letakkan Batu Kerikil

    Proses meletakkan batu kerikil pada lantai kolam renang mini ini merupakan langkah yang perlu untuk pastikan lantai bawah kukuh. Batu kerikil seterusnya diratakan dan dipadatkan. Boleh rujuk gambar di atas.

    Dalam gambar di atas ada segi empat yang terbuka. Itu adalah saluran keluar air dari sinki dan perlu ditebuk untuk dijadikan saluran air keluar dari kolam nanti.

    3. Letak besi kerangka

    Langkah berikutnya, rangka besi berukuran 3×2 diletakkan pada permukaan batu kerikil tadi. Konkrit dituang di atas rangka besi tadi & diratakan untuk menghasilkan lantai yang kukuh. Kemudian dinding kolam renang dibina menggunakan batu-bata.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    4. Pemasangan paip saluran

    Proses yang sangat penting & tidak boleh diabaikan. Jika tidak terpaksa la guna baldi untuk cuci air kolam. Buat sistem piping flow in dan flow out dan pump air untuk air terjun (waterfall) dan air pancut. Pasti anda anda suka dapat mandi air hujan buatan di luar rumah. Pengalaman yang pasti berharga untuk masa kecil mereka.

    5. Proses Plaster Dinding

    Terpulang pada kreativiti anda. Dalam binaan ini saudara Hafizh Ateh AR telah membuat ukiran pada plaster dinding.Anda juga boleh pasang mozek jika berminat.

    VIEW IN GALLERY

    6. Proses Memasang Mozek.

    VIEW IN GALLERYLangkah seterusnya, anda perlu memasang mozek (tile) pada keseluruhan permukaan dinding kolam renang dan sekelilingnya. Jangan lupa untuk letakkan Sika Top Seal pada permukaan konkrit yang berfungsi sebagai kalis air. Sudah siap pasang tile, jangan lupa untuk basuh serta cuci keseluruhan permukaan kolam renang. Sisa kotoran tanah atau konkrit semasa pembinaan perlu disingkirkan sebelum proses terakhir iaitu cat.

    VIEW IN GALLERY

    7. Proses Mengecat

    VIEW IN GALLERY

    Setelah siap semuanya, kemasan akhir adalah dengan mengecat kolam renang ini mengikut warna pilihan masing-masing. Untuk kesan air nampak lebih cantik boleh gunakan warna biru.

    8. Siap Sepenuhnya.

    Masa sudah tiba. DIY kolam renang kini sudah sedia untuk diuji. Tapi harus di ingat sebelum membiarkan anak anda mandi-manda dalam kolam renang itu, buat last inspection pada permukaan kolam jika ada sebarang kekotoran/permukaan yang tidak rata serta merbahaya. Uji berulang kali saluran paip air keluar dan masuk.
    VIEW IN GALLERY
    Jika ada modal lebih mungkin boleh bina deck.Lagi awesome kan..Apa-apapun nice job & kredit kepada pemilik Hafizh Ateh AR

    Selamat mencuba.

    BACA JUGA : DIY Hiasan Dinding

    Jom like page kami : facebook.com/Hiasdotmy

    kolam renang
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleNak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri? Sila Semak 6 Perkara Ini Dulu
    Next Article Cari Kontraktor Bina Rumah Atas Tanah Sendiri di Kelantan? Call Sini.

    Related Posts

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    DIY Deko Bilik Kanak-Kanak Lelaki Konsep Industrial Dengan Accent Kayu & Logam

    July 26, 2023

    Hasilkan DIY Mobile Bayi Dahan Untuk Tambah Sentuhan Kreatif Dalam Nurseri

    July 24, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.